Honda Jazz Hybrid menanti penonton bertuah yang menyaksikan strim secara langsung #XPAXKEK

Kuala Lumpur, 30 September 2019 – Kemeriahan kejohanan e-sukan kampus terbesar di Malaysia, Celcom XPAX Kejohanan E-Sukan Kampus #XPAXKEK Semester 2 diperkasa lagi dengan pengumuman istimewa di mana pihak Honda Malaysia berbesar hati menaja sebuah kereta Honda Jazz Hybrid buat penonton bertuah kejohanan ini sekaligus menjadi automobil rasmi #XPAXKEK kali ini. 

Mereka hanya perlu menonton kesemua strim #XPAXKEK dan mengumpul 4 kod rahsia yang akan dikeluarkan di setiap zon. Mereka perlu membina ayat kreatif menggunakan kod-kod rahsia tersebut dan pemenang dengan ayat paling kreatif akan diumumkan di Kejuaraan Grand Finale di The Curve, Damansara akhir November ini. Tampil moden dengan 3 teknologi terbaru; Honda Sensing, Honda Sport Hybrid i-DCD technology dan Honda Turbo Technology, model terbaru siri Jazz ini pastinya memberikan pengalaman pemanduan berbeza. 

Setelah berjaya menganjurkan XPAX Kejohanan E-Sukan Kampus Semester 1 (#XPAXKEK), Media Prima Digital dan Celcom Axiata Berhad meneruskan penganjuran edisi kedua kejohanan e-sukan tersebut, dalam misi mencari bakat-bakat terbaik dalam kalangan pasukan e-sukan kampus di institusi pengajian tinggi seluruh negara, untuk merebut hadiah tunai terkumpul bernilai RM 180,000.

Dianjurkan MyGameOn, portal permainan kendalian Media Prima Digital, dengan kerjasama rakan strategik e-sukan Kitamen, acara ini akan diadakan di lima zon berbeza di seluruh negara. Selepas berjaya menarik lebih 17,000 pengunjung dan 2.2 juta tontonan video dalam edisi sebelumnya, kali ini, #XPAXKEK akan mempertaruhkan dua judul permainan mudah alih popular di dunia, Mobile Legends Bang bang dan PUBG Mobile ke dalam arena di mana setiap pasukan berpeluang mempamerkan skil masing-masing untuk merebut hadiah tunai terkumpul RM 180,000!

Sama seperti semester pertama, #XPAXKEK akan dimulakan dengan pusingan kelayakan awal bagi menentukan 16 pasukan terbaik mewakili setiap judul permainan. Pasukan yang layak akan bertanding di zon final di mana ia akan dimulakan dengan Zon Borneo, bertempat di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Pemenang setiap zon kemudiannya akan bertanding di ‘grand final’ untuk merebut kejuaraan utama akhir November ini di Kuala Lumpur. Kampus dengan mata terkumpul paling banyak berpeluang membawa pulang biasiswa bernilai RM 50,000, tajaan jenama belia unggul Celcom, Celcom XPAX, sebagai salah satu inisiatif mereka memperkasa e-sukan di Malaysia. 

Edisi kedua #XPAXKEK akan turut menampilkan beberapa elemen seperti mendidik belia menerusi siri forum e-sukan bersama pemain industri, KEK Trial di mana pengunjung berpeluang memenangi hadiah menarik dengan menyertai permainan yang ditawarkan selain mencuba pengalaman permainan lain yang ada. Menggabungkan elemen hiburan, pengunjung #XPAXKEK akan dihiburkan dengan persembahan artis terbaik tanahair seperti Hael Husaini, Indah Ruhaila, Ismail Izzani, Nabila Razali dan banyak lagi nama besar Malaysia. Selain itu, Legion daripada Lenovo akan turut menganjurkan perlawanan terbuka permainan CS : GO. #XPAXKEK telah pun berlangsung di dua buah lokasi iaitu Zon Borneo bertempat di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Zon Selatan yang berlangsung di Paradigm Mall, Johor Bahru.

 Jadual #XPAXKEK adalah seperti berikut:

ZON NEGERI LOKASI Tarikh
BORNEO WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN, SABAH & SARAWAK Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Kuching 21 & 22 September 2019
SELATAN NEGERI SEMBILAN, MELAKA & JOHOR Paradigm Mall, Johor Bahru 28 & 29 September 2019
TENGAH KUALA LUMPUR, SELANGOR & PUTRAJAYA Universiti Teknologi MARA (UiTM) Puncak Alam 5 & 6 October 2019
UTARA PERAK, PENANG, PERLIS & KEDAH Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang 12 & 13 October 2019
PANTAI TIMUR PAHANG, TERENGGANU, KELANTAN Kuantan City Mall, Kuantan, Pahang 26 & 27 October 2019
GRAND FINALE 

 

The Curve, Damansara 23 & 24 November 2019

 Pengunjung boleh mengetahui lebih lanjut tentang #XPAXKEK di www.mygameon.my serta laman Facebook rasmi MyGameOn. Untuk rekod, #XPAXKEK Semester 1 berjaya menarik lebih 17,000 pengunjung dengan lebih 2 juta tontonan video di Facebook & YouTube.

 #XPAXKEK Semester 2 dicetuskan secara eksklusif oleh Celcom XPAX. #XPAXKEK Semester 2 turut diaktifkan Legion by Lenovo, Honda Malaysia, Realme Malaysia, Malindo Airways, Rohto Mentholatum, Lazada, Fitlion, Royale Chulan Hotel & OYO Hotels. #XPAXKEK Semester 2 disokong MDEC, Mobile Legends E-Project, KBS & ESM.

-Tamat-

 Pertanyaan Media

 Dhiya Aizat               

Lead, Communications, Media Prima Digital

dhiya.aizat@mediaprima.com.my

 Tentang MyGameOn

Media Prima Labs launches its gaming portal, MyGameOn that provides news, reviews and events for games, featuring both local and international content. MyGameOn is built to serve as a comprehensive local game news portal that focuses on relevant game content to Malaysian audience. MyGameOn targets urban and sub-urban customers ranging from 12 to 25 years old who love gaming or stays up-to-date on the latest trend or news related to games and game tournament. MyGameOn is the one stop centre to all game lovers out there.

Tentang Celcom XPAX

 Celcom Xpax is Celcom Axiata Berhad’s youth brand with almost 7 million prepaid subscribers. Celcom Xpax is a brand that enables you to be who you want to be, offering the best value and unbeatable non-stop internet experience. Celcom Xpax now brings its customers where one can enjoy more Internet, simplified add-ons, and much more.