Kempen #SeringgitSeribuKebaikan dilancar beri peluang rakyat Malaysia kongsi rezeki bersama rumah kebajikan terpilih Ramadan ini
Kuala Lumpur, 21 April 2017 – Aplikasi Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) dilancarkan secara rasmi hari ini dengan beberapa fungsi baru yang pastinya memberikan pengalaman unik buat pencinta makanan di luar sana. Diilhamkan daripada program kembara makanan popular TV3, Jalan Jalan Cari Makan, aplikasi ini membolehkan pengguna mendapatkan info-info menarik mengenai tempat-tempat makan menarik yang pernah dikunjungi produksi Jalan Jalan Cari Makan selain beberapa lagi fungsi menarik yang lain.
Menurut pengurus produk aplikasi JJCM, Li Ee Kee, antara fungsi baru yang menarik perhatian adalah tawaran diskaun dan potongan hebat restoran dan tempat makan seluruh negara menerusi kerjasama dengan Offpeak. Pengguna JJCM boleh mendapatkan diskaun sehinggan 70 % bagi restoran terpilih menerusi paparan “Offpeak Deals” yang akan sentiasa dikemaskini setiap hari.
“Makanan dan rakyat Malaysia berpisah tiada dan kerana itulah kami di Media Prima Digital merasakan yang aplikasi ini boleh membantu rakyat Malaysia setiap kali mereka berhadapan dengan kepayahan membuat keputusan untuk makan apa dan di mana. Bukan itu sahaja, tawaran diskaun Offpeak juga memberi peluang buat pengguna aplikasi ini menikmati hidangan kegemaran mereka dengan harga yang lebih rendah”, jelas Ee Kee lagi.
Aplikasi JJCM juga turut menawarkan fungsi tempahan restoran menerusi kerjasama Media Prima Digital bersama Offpeak. Dengan hanya beberapa langkah mudah, pengguna aplikasi JJCM tidak perlu lagi beratur panjang dan menunggu lebih lama untuk menikmati hidangan kesukaan di restoran kegemaran mereka. Hanya pilih restoran yang mana berkenan di hati, masukkan nombor telefon bimbit, tetapkan tarikh, masa dan bilangan pengunjung, mereka kemudiannya akan menerima pengesahan tempahan menerusi emel. Segalanya lebih mudah menggunakan aplikasi JJCM. Tambahan pula, pengguna tidak akan dikenakan sebarang bayaran untuk menggunakan fungsi ini. Bayar apa yang mereka makan, tanpa sebarang caj tambahan.
Selain itu, aplikasi JJCM telah pun diberi nafas baru dengan rekaan grafik yang lebih menarik dan mesra pengguna. Dengan transformasi 360 darjah, aplikasi JJCM kini tampak lebih segar dengan wajah baru. Aplikasi JJCM yang telah pun mula menemui pengguna akhir tahun 2015 dan sehingga kini, ia mencatat lebih 250 ribu muat turun. Setiap pengguna yang mendaftar akaun mereka di aplikasi ini boleh memuat naik sebarang komen dan cadangan mengenai tempat makan yang mereka kunjungi. Daripada pencinta makanan, untuk pencinta makanan. Mengambil kira konsep inilah maka aplikasi JJCM mewujudkan ruangan komen dan cadangan ini bagi membawakan interaksi antara pengguna selain membolehkan pengguna lain melihat apakah ulasan pengguna lain mengenai sesuatu tempat makan tersebut.
Fungsi carian berdekatan pula membolehkan pengguna melihat senarai restoran yang berhampiran dengan kedudukan GPS mereka. Seperti contohnya, sekiranya mereka berada di Damansara, fungsi ini akan memaparkan senarai tempat makan pilihan JJCM yang berada dalam radius Damansara.
Aplikasi JJCM juga tidak terhad kepada tempat makan yang dikunjungi produksi rancangan Jalan Jalan Cari Makan sahaja. Pasukan editorial aplikasi JJCM juga pergi ke tempat-tempat makan lain yang dicadangkan orang ramai. Menerusi paparan artikel-artikel menarik di ruangan editorial, pengguna aplikasi JJCM boleh mendapatkan lebih informasi mengenai restoran-restoran lain juga senarai artikel yang merangkumi pelbagai jenis dan topik berkaitan makanan. Pasukan editorial JJCM juga akan ke seluruh negara bagi mencari makanan-makanan unik dan menarik untuk dicadangkan kepada pengguna apllikasi JJCM. Buat julung-julung kalinya, sebuah program kembara makanan aplikasi JJCM telah pun diadakan di negeri Terengganu dua minggu lalu di mana pasukan editorial aplikasi JJCM bersama beberapa rakan media dan bloggers terplih menjelajah ke serata Terengganu bagi mencuba pelbagai jenis hidangan moden serta tradisional menarik di negeri pantai timur itu.
Aplikasi JJCM boleh dimuat turun secara percuma di Apple Store bagi pengguna iOS manakala pengguna Android pula di Play Store.