Best Digital Publisher of the Year Trophy (Gold Award)

Petaling Jaya, 12 Mei 2022 – Syarikat kepada banyak jenama terkenal, REV Media Group (“RMG”) sekali lagi telah dinobatkan sebagai ‘Penerbit Digital Terbaik’ buat kali ketiga berturut-turut oleh Malaysian Digital Association (“MDA”) d Awards 2022,  malam tadi.

Kemenangan Anugerah Emas buat kali ketiga berturut-turut setelah kategori ini diperkenalkan pada tahun 2019 mengukuhkan lagi visi RMG untuk menjadi syarikat digital Malaysia #1 dari segi capaian, pengekalan dan hasil. 

Samuel wee

Ketua Pegawai Eksekutif RMG, Samuel Wee berkata bahawa semua ini tidak akan berlaku tanpa teras DNA syarikat, iaitu para pekerja.

“Setiap orang memainkan peranan yang sangat penting dalam menjadikan siapa kami pada hari ini dengan usaha dan dedikasi mereka yang tidak pernah putus. Jadi, segala kepujian adalah kepada mereka. Mari bersama-sama kita teruskan usaha agar lebih banyak kejayaan dapat dicipta”, tambahnya.

Nicholas Sagau - Chief Operating Officer, REV Media Group

Ketua Pegawai Operasi RMG, Nicholas Sagau,  menambah, “Kejayaan mengekalkan gelaran ini buat kali ketiga berturut-turut merupakan satu penghormatan.” Kami tidak akan berhenti dan ini hanya bermakna kami akan berusaha lebih bersungguh-sungguh lagi untuk memberikan yang terbaik dari yang terbaik kepada pengguna dan pelanggan kami”.

Winners - Best Digital Publisher of the Year Winners - Best Integrated Media Campaign

Selain membawa pulang Anugerah Emas, RMG juga telah memenangi Anugerah Perak untuk Kempen Integrasi Media Terbaik melalui kempen Disney+ Hotstar Launch 2021.

Turut hadir bersama menerima anugerah tersebut ialah Stephanie Wong Pui Tse, Ketua Pegawai Operasi, Media Prima Omnia dan Adrina Choy, Pengurus Besar Jualan, REV Media Group. 

REV Media Group

Di samping itu, RMG telah menetapkan matlamat yang strategik untuk terus memanfaatkan kedudukan utama mereka menggunakan ‘Best in Class Adtech & Martech’ (Advertising & Marketing Technology). Setiap bulan, lebih 15,851,000 juta rakyat Malaysia  mengakses aset digital RMG (Media Prima), jadi penggunaan teknologi yang terbaik akan bergerak seiring dalam memberikan pengalaman terbaik kepada pengguna RMG dan pengiklan mereka.

d Awards dianjurkan oleh Malaysian Digital Association untuk mengenal pasti dan menghargai bakat, agensi, jenama, penerbit dan pembekal perkhidmatan digital yang menerima dan menggunakan teknologi digital.

-TAMAT-

About REV Media Group

REV Media Group adalah penerbit digital terkemuka di Malaysia, mewakili lebih 35 jenama terbaik dengan rangkaian yang luas menjangkau lebih 15 juta orang setiap bulan, sekitar 80% dari jumlah keseluruhan populasi internet di Malaysia. Di REV Media Group, kami percaya dengan pemanfaatan kekuatan teknologi dan data untuk menyampaikan kandungan menarik buat audiens kami dari pelbagai platform dan bahasa terdiri daripada Berita, Hiburan, Gaya Hidup, Teknologi dan banyak lagi. Dengan memanfaatkan jangkauan dan platform kami yang komprehensif, kami berusaha untuk membawa jenama-jenama ke tahap yang lebih baik melalui penyelesaian pemasaran digital berdasarkan data  yang berpengaruh dan kandungan luar biasa khusus untuk memberi yang terbaik buat para pengguna kami.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Unit Komunikasi REV Media Group: Petch (faisal.noor@revmedia.my