RAKAN STRATEGIK PLATFORM DIGITAL MyMall

Petaling Jaya, 22 Ogos 2022 Satu memorandum persefahaman telah ditandatangani antara REV Media Group (RMG) dan MyMall melalui SME Bank, mencipta sinergi dalam usaha membantu para usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Malaysia.

RMG telah dilantik oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) sebagai rakan strategik untuk inisiatif MyMall ini.

Acara pertukaran memorandum persefahaman antara MyMall dan rakan-rakan strategik telah disaksikan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Bin Yaakob di Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) Selangor bertempat di Rerurai Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) di Tapak Karnival, Perkarangan Stadium Shah Alam, Selangor Darul Ehsan pada Jumaat lalu.

KUSKOP telah memperkenalkan sebuah platform digital yang dinamakan MyMall. MyMall adalah platform pembangunan ekosistem keusahawanan yang dikhususkan kepada usahawan serta produk-produk tempatan. MyMall merangkumi empat paksi utama; e-dagang, latihan, pembiayaan, dan pemasaran.

Sebagai rakan strategik, RMG akan membantu para usahawan PKS di Malaysia dengan memberikan peluang kepada mereka untuk menggunakan khidmat platform pengiklanan REV Ad Manager (RAM).

RAM adalah gandingan bersama REV Media Group dan Dattel Asia Group, sebuah syarikat data dan analisis pengguna yang menawarkan satu penyelesaian unik dalam memperkasakan jenama dan agensi untuk menyasar audiens berdasarkan pandangan pengguna strategik.

Nicholas Sagau (Chief Operating Officer, REV Media Group) with Dato_ Dr. Aria Putera Ismail (Group President_ CEO, SME Bank)

Ketua Pegawai Operasi RMG, Nicholas Sagau berkata, “RMG akan memberikan kredit percuma kepada para usahawan PKS dan ahli komuniti perniagaan MyMall untuk mereka mula mengiklankan produk dan perkhidmatan perniagaan mereka.

“RAM dikuasakan dengan teknologi Artificial Intelligence (AI) untuk menyasar audiens dengan lebih baik. Kami yakin REV Ad Manager (RAM) dapat membantu para usahawan ini mendapatkan capaian yang lebih luas dan dapat memanfaatkan data dari platform ini untuk membuat keputusan pemasaran yang baik,” tambahnya.

Para usahawan PKS akan dibantu oleh REV Marketing Partners, rakan kongsi platform RAM untuk proses pemasaran produk dan perkhidmatan di MyMall. 

Dengan menggunakan platform REV Ad Manager, usahawan PKS boleh mengiklankan produk mereka secara terus dan memanfaatkan 15.8 juta pelawat unik pada rangkaian audiens RMG di jenama-jenama terkemuka seperti Berita Harian, Harian Metro, New Straits Times dan banyak lagi.

Sebagai penerbit digital terkemuka di Malaysia, REV Media Group menyambut baik inisiatif ini dan sentiasa berusaha untuk membantu proses pemasaran para usahawan tempatan ke tahap yang lebih baik.

###

Mengenai  REV Media Group 

REV Media Group adalah penerbit digital terkemuka di Malaysia, mewakili lebih 35 jenama terbaik dengan rangkaian yang luas menjangkau lebih 15 juta orang setiap bulan, sekitar 80% dari jumlah keseluruhan populasi internet di Malaysia. Di REV Media Group, kami percaya dengan pemanfaatan kekuatan teknologi dan data untuk menyampaikan kandungan menarik buat audiens kami dari pelbagai platform dan bahasa terdiri daripada Berita, Hiburan, Gaya Hidup, Teknologi dan banyak lagi. Dengan memanfaatkan jangkauan dan platform kami yang komprehensif, kami berusaha untuk membawa jenama-jenama ke tahap yang lebih baik melalui penyelesaian pemasaran digital berdasarkan data yang berpengaruh dan kandungan luar biasa khusus untuk memberi yang terbaik buat para pengguna kami.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Unit Komunikasi REV Media Group: Petch (faisal.noor@revmedia.my)