Petaling Jaya, 22 Jun 2024 – Penerbit digital terkemuka Malaysia, REV Media Group (“REV”), dengan bangganya mengumumkan kejayaan gemilang di malam yang berprestij, d Awards 24. Diadakan pada hari Jumaat, 21 Jun 2024, acara ini menyaksikan REV mendominasi pentas, mengukuhkan statusnya sebagai peneraju industri dalam inovasi digital dan penciptaan kandungan.
Dengan pencalonan dalam beberapa kategori utama, kepakaran dan kreativiti REV dipamerkan sepenuhnya. Pasukan yang berbakat dan projek-projek inovatif REV telah menerima banyak pengiktirafan:
- Rising Star: Aina Mariah. Kategori yang mengangkat bakat mereka yang berada di bawah umur 30 tahun ini telah menobatkan penyunting video berbakat REV, Aina Mariah dengan trofi Gangsa. Dedikasi, kreativiti, dan pendekatan inovatif Aina telah menetapkan standard baru dalam landskap media digital, dan anugerah ini adalah bukti kerja keras dan semangatnya.
- Penerbit Digital Terbaik: REV Media Group. Komitmen REV terhadap kandungan berkualiti, teknologi canggih, dan penglibatan audiens sekali lagi telah menjadikan REV sebagai pemenang trofi Perak bagi Penerbit Digital Terbaik. Anugerah ini menyerlahkan misi berterusan REV untuk menerajui industri penerbitan digital dengan integriti dan inovasi.
- Kempen Media Terpadu Terbaik: TikTok. Usaha kerjasama REV dengan TikTok meraih Perak dalam kategori Kempen Media Terpadu Terbaik. Kemenangan ini menekankan kekuatan perkongsian strategik dan kemampuan REV untuk menghasilkan kempen pelbagai platform yang menarik perhatian audiens yang pelbagai.
- Penggunaan Terbaik Kandungan/Advertorial/Pengiklanan Asli: SAYS, OHBULAN!, dan foodpanda. Penciptaan kandungan REV yang cemerlang disahkan lagi dengan kemenangan tiga Gangsa dalam kategori Penggunaan Terbaik Kandungan/Advertorial/Pengiklanan Asli. Platform REV, SAYS, OHBULAN!, dan kerjasama REV dengan foodpanda, masing-masing mempamerkan keupayaan REV untuk menyampaikan pengiklanan asli yang serba boleh dan berkesan.
- Penggunaan Terbaik Platform Media Sosial: SAYS. SAYS juga meraih Gangsa untuk Penggunaan Terbaik Platform Media Sosial, menonjolkan kepakaran REV dalam memanfaatkan media sosial untuk menghasilkan kandungan yang menarik dan mudah dikongsi yang berhubung secara mendalam dengan audiens kami.
Mengulas mengenai kemenangan ini, Samuel Wee, Ketua Pegawai Eksekutif REV Media Group, berkata, “Kami amat berbangga dengan pencapaian ini. Setiap anugerah meraikan kreativiti dan komitmen pasukan kami terhadap kecemerlangan. Kami bersemangat untuk meneruskan perjalanan inovasi kami, menyampaikan kandungan digital dan pengalaman yang tiada tandingan kepada audiens kami. Penghargaan ini memberi inspirasi kepada kami untuk mencapai tahap yang lebih tinggi.”
REV ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan kongsi, pelanggan dan ahli pasukan yang berdedikasi yang telah menjadi sebahagian dari kejayaan ini. REV teruja untuk menghadapi tahun mendatang sebagai perintis media digital dan mencapai lebih banyak pencapaian baru.
###
Kemenangan REV Media Group di MDA d Awards 2024:
Tempat | Kategori | Tajuk |
Perak | Penerbit Digital Terbaik | How REV Preserved Agility through Challenges in 2023 |
Perak | Kempen Media Bersepadu Terbaik | Glocalization in Action: TikTok Embracing the Malaysian Culture in First Award Show |
Gangsa | Penggunaan Kandungan/Advertorial/Iklan Asli Terbaik | SAYS: How We Helped Over 1M Malaysians Understand Autism From A Different POV |
Gangsa | Penggunaan Kandungan/Advertorial/Iklan Asli Terbaik | OHBULAN!: Besties, Pape Roger! Empowering 6M+ Malaysians Towards Mental Health Wellness |
Gangsa | Penggunaan Kandungan/Advertorial/Iklan Asli Terbaik | foodpanda: How foodpanda App Enabled 246,666 Meal Contributions This Ramadan! |
Gangsa | Penggunaan Platform Media Sosial Terbaik | SAYS: How We Helped Over 1M Malaysians Understand Autism From A Different POV |
Gangsa | Rising Star | Aina Mariah |
Mengenai REV Media Group
REV Media Group adalah penerbit digital terkemuka di Malaysia, mewakili lebih 39 jenama terbaik dengan rangkaian yang luas menjangkau lebih 10 juta orang setiap bulan, sekitar 80% dari jumlah keseluruhan populasi internet di Malaysia. Di REV Media Group, kami percaya dengan pemanfaatan kekuatan teknologi dan data untuk menyampaikan kandungan menarik buat audiens kami dari pelbagai platform dan bahasa terdiri daripada Berita, Hiburan, Gaya Hidup, Teknologi dan banyak lagi. Dengan memanfaatkan jangkauan dan platform kami yang komprehensif, kami berusaha untuk membawa jenama-jenama ke tahap yang lebih baik melalui penyelesaian pemasaran digital berdasarkan data yang berpengaruh dan kandungan luar biasa khusus untuk memberi yang terbaik buat para pengguna kami.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Unit Komunikasi REV Media Group :
Petch (faisal.noor@revmedia.my) |