Portal myundi 2020 – Portal Sehenti Perkembangan Pilihan Raya

Bandar Utama, 11 September 2020 – Bersempena pilihan raya negeri Sabah yang akan datang, rakyat Malaysia boleh mendapatkan info-info terkini mengenai pilihan raya melalui portal berita myundi oleh REV Media Group yang telah dilancarkan pada pilihan raya 2018 yang lalu di www.myundi.com.my.

Portal berita myundi 2020 kini dengan identiti, konsep dan reka bentuk grafik yang baru selari dengan penambahbaikan keberadaan perniagaan secara dalam talian dan kegunaan web. Melalui myundi juga, anda boleh mencari kisah-kisah terkini pilihan raya, tajuk utama, video, dan lebih banyak perihal berkaitan calon, undian, kempen dan sebagainya.

Antara tarikh penting bagi pilihan raya negeri Sabah adalah:
12 September 2020 – Hari Penamaan Calon
22 September 2020 – Hari Pengundian Awal
26 September 2020 – Hari Mengundi

Orang ramai boleh menggunakan myundi sepenuhnya dengan ciri-ciri baru yang lebih moden, optimum dan lebih responsif. Segala maklumat dan informasi terdapat dalam myundi boleh dipercayai (memaparkan laporan berita terkini dari akhbar-akhbar terkemuka tempatan; Harian Metro, Berita Harian dan News Straits Times begitu juga laporan dan analisa dari TV3, ntv7, 8TV, dan TV9) dan diukur (keputusan undian mengikut masa sebenar).

Selain itu, myundi juga memberi akses kepada siaran langsung 24 jam di samping akses bagi melihat profil calon yang bertanding. Secara kesimpulannya, portal myundi merupakan direktori sehenti di mana orang ramai boleh mendapatkan berita, video, infografik yang interaktif dan banyak lagi perihal berkaitan pilihan raya.

Portal berita myundi boleh diakses melalui komputer, telefon pintar dan tablet di www.myundi.com.my di seluruh dunia.

-TAMAT-

Media Contact:
Muhammad Faisal (Petch)
Communications, REV Media Group
faisal.noor@revmedia.my | 0176283626

About REV Media Group
REV Media Group is the leading digital publisher in Malaysia, representing over 30 top authority brands with an extensive distribution network that reaches out to more than 15 million people each month, about 75% of Malaysia’s internet population.

At REV Media Group, we believe in harnessing the power of data and technology to deliver engaging content that matters the most to our audience across multiple languages and platforms comprising News, Entertainment, Lifestyle, Technology and more.

Leveraging on our comprehensive platform and reach, we strive to elevate brands to greater heights through influential, data-driven digital marketing solutions and exceptional content aimed at winning the hearts of consumers.