Petaling Jaya, 4 Januari 2022: Memulakan tahun baharu, REV Media Group (RMG) melalui Rangkaian Permainannya, IGN SEA membawakan kejohanan e-sukan yang pertama untuk tahun ini dengan Squad Up: Athena khusus buat para wanita!
Squad Up membuat penampilan sulungnya pada tahun 2020 dengan kejohanan PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG) Squad Up 2020 dan Squad Up: Athena adalah kesinambungan siri kejohanan e-sukan, memperkasakan gamers wanita dari seluruh Asia Tenggara.
Athena yang sering dikaitkan dengan mitos Yunani, ialah dewi Yunani purba yang penuh dengan kebijaksanaan, kemahiran praktikal serta kemahiran berperang dan itulah yang dicari dalam kejohanan ini!
Squad Up: Athena ialah kejohanan kelayakan serantau terbuka yang akan membawa kepada kejohanan jemputan ALL-STAR di mana hanya satu pasukan akan dinobatkan sebagai juara daripada 24 pasukan bertanding (12 daripada kelayakan, 12 jemputan) bermain Mobile Legends: Bang Bang.
Pencarian Athena sebenar bermula pada Disember 2021 dengan pusingan kelayakan terbuka yang telah diadakan dari 18hb hingga 20hb Disember 2021, menyaksikan perlawanan yang menakjubkan dari pasukan negara serantau yang mengambil bahagian, Malaysia, Singapura, Indonesia dan Filipina untuk menempah tempat mereka dalam pusingan kebangsaan sebelum yang terbaik dipilih untuk bertarung di pusingan akhir serantau.
Susulan itu sebuah perlawanan pertunjukan telah dipamerkan dalam talian oleh Facebook Gaming creators terkemuka di seluruh Asia Tenggara (https://fb.gg/v/acnbIxo7IL/) pada 21 Disember 2021 untuk memaklumkan kepada penonton pasukan mana yang berjaya melayakkan diri ke kejohanan kebangsaan dan siapakah pasukan jemputan untuk perlawanan akhir.
Bukan sekadar acara e-sukan hujung minggu yang biasa, Squad Up: Athena, kejohanan e-sukan wanita yang pertama ini bakal berlangsung dari 7hb hingga 9hb Januari untuk pusingan kejohanan peringkat Malaysia, Indonesia dan Filipina, dan perlawanan akhir akan berlangsung pada 15 Januari 2022.
Pemenang dari peringkat kebangsaan akan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM21,000 (Malaysia, Indonesia, Filipina) dan pemenang utama akan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM42,000.
Ketua Kandungan Permainan RMG, Adrian Lai berkata, “Kami sangat teruja untuk membawakan bukan sahaja kejohanan e-sukan wanita yang pertama, malah kejohanan e-sukan Mobile Legends wanita yang pertama kepada para peminat gaming. Kami sedar wanita kini menuntut kesaksamaan dalam kejohanan e-sukan kerana mereka membentuk 44% gamers di dunia.
“Kami percaya bahawa kejohanan memperkasakan wanita di IGN SEA akan menarik pemain dari kedua-dua jantina dan akan merapatkan jurang dalam senario e-sukan tempatan,” tambahnya.
Ketua Pegawai Operasi RMG, Nicholas Sagau menambah, “Pandemik baru-baru ini telah menjejaskan banyak industri termasuk e-sukan. Melihat situasi terkini yang semakin pulih, kami yakin industri e-sukan akan bangkit dan kembali meriah semula dan orang ramai boleh menjangkakan untuk melihat lebih banyak inisiatif e-sukan yang menarik daripada kami.
“Squad Up: Athena adalah inisiatif pertama daripada banyak lagi inisiatif yang telah dirancang untuk menghidupkan kembali momentum e-sukan untuk tahun ini. Kami berharap ramai orang dapat berganding bahu dan turut serta bersama dengan usaha kami,” tambahnya lagi.
Bersedia dengan apa sahaja peranti kegemaran anda, duduk, relaks dan nikmati perlawanan! Dapatkan maklumat lanjut tentang Squad Up: Athena atau sebarang hal berkaitan permainan di https://sea.ign.com/. Game on! *Nantikan juga Squad Up: edisi Terbuka dan Merdeka akan datang tidak lama lagi!
-TAMAT-
Media Contact:
Muhammad Faisal (Petch)
Communications, REV Media Group
faisal.noor@revmedia.my
Mengenai Squad Up Athena
Terbuka untuk | Wanita sahaja |
Hadiah | RM21,000 (Juara Malaysia) | RM21,000 (Juara Indonesia) | RM21,000(Juara Philippines) | RM42,000 (Juara Keseluruhan) |
Tajuk permainan | Mobile Legends: Bang Bang |
Penganjur | IGN SEA (REV Media Group) |
Saluran siaran langsung | https://www.facebook.com/IGNSEA (Facebook IGN SEA) |
*Tarikh-tarikh Penting:
7hb Januari 2022 | Kejohanan Malaysia |
8hb Januari 2022 | Kejohanan Indonesia |
9hb Januari 2022 | Kejohanan Filipina |
15hb Januari 2022 | Pusingan akhir – Kejohanan Antarabangsa |
______________________________________________________________________________
Mengenai REV Media Group
REV Media Group adalah penerbit digital terkemuka di Malaysia, mewakili lebih 30 jenama terbaik dengan rangkaian yang luas menjangkau lebih 15 juta orang setiap bulan, sekitar 75% dari jumlah keseluruhan populasi internet di Malaysia.Di REV Media Group, kami percaya dengan pemanfaatan kekuatan teknologi dan data untuk menyampaikan kandungan menarik buat audiens kami dari pelbagai platform dan bahasa terdiri daripada Berita, Hiburan, Gaya Hidup, Teknologi dan banyak lagi.Dengan memanfaatkan jangkauan dan platform kami yang komprehensif, kami berusaha untuk membawa jenama-jenama ke tahap yang lebih baik melalui penyelesaian pemasaran digital berdasarkan data yang berpengaruh dan kandungan luar biasa khusus untuk memberi yang terbaik buat para pengguna kami.
Mengenai MyGameOn
MyGameOn tertumpu kepada permainan video dan e-sukan dengan sentuhan tempatan. Perkhidmatannya termasuk liputan acara, ulasan permainan, temu ramah pemain, perkongsian media dan banyak lagi! Jika anda mempunyai acara yang mahu diketahui Malaysia, hubungi MyGameOn!
Menerusi kerjasama bersama badan-badan kerajaan seperti Kementerian Belia & Sukan (KBS), Majlis Sukan Negara (MSN), dan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), MyGameOn berusaha untuk membangunkan e-sukan dan permainan video, dan menghubungkan komuniti-komuniti permainan video, dari pemain kasual ke jenama-jenama korporat.
About IGN Southeast Asia
The Southeast Asian edition of IGN was relaunched in August 2019. IGN SEA has two objectives: to report on the video games industry in the region as well as to serve as the go-to site for everything video game and anything remotely geek for fans in Singapore, Malaysia, Indonesia and the Philippines.
Since the establishment of IGN SEA, the edition has become a reputable gaming publication in Southeast Asia. You’ll be seeing more cool changes and content additions in the upcoming months as we sacrifice our sleep to produce more quality video content and features as well as expanding our reach to gamers in Southeast Asia. Besides the website and social media platforms, IGN SEA plans to organise gaming events of our own in the near future, so stay tuned!
Essentially, IGN SEA is the one-stop centre for video game fans, delivering all relevant and up to date news as well as event coverage. Owned and operated by Media Prima Bhd, with rights from Ziff Davis International, IGN is a part of the powerful network of websites including PCMag.com and AskMen.com. Working with us is the right pathway to the right audience.