Petaling Jaya, 3 November 2021 – Jabatan Teknologi (tech team) REV Media Group (RMG) membuka peluang buat bakat-bakat baharu menyertai mereka dalam usaha pendigitalan syarikat pada tahun 2022.

REV Media Group, salah satu dari anak syarikat Kumpulan Media Prima, merupakan Penerbit Digital #1 Malaysia dan bertanggungjawab terhadap cabang digital kumpulan syarikat. Menjadi tulang belakang buat RMG, tech team ini telah ditubuhkan pada 2016 berperanan untuk membantu usaha-usaha pendigitalan Kumpulan Media Prima.

Bermula dengan hanya 4 orang juruweb pada tahun 2015, kemudian telah menjadi satu pasukan teknologi yang lengkap pada tahun 2016 yang terdiri daripada semua komponen berbeza seperti UI/UX Front End, Back End, Cloud, DevOps dan lain-lain.

Transformasi digital perniagaan semakin berkembang pesat khususnya daripada aliran gaya digital dan teknologi sedia ada. Pasukan Tech team RMG memainkan peranan yang penting dalam memastikan inovasi platform, perkembangan dan pengurusan teras perniagaan Media Prima Berhad; televisyen, cetak, radio, pengiklanan luar rumah, penciptaan kandungan dan media digital.

Sejak penubuhannya, pasukan ini telah melaksanakan lebih 300 projek dalam tempoh 5 tahun pada skala yang berbeza untuk menyokong pertumbuhan dan permintaan perniagaan. Ketua Teknologi & Inovasi RMG, Mohamed Aafrin berkata kapasiti pasukan sedang meningkat pantas dan kini mencari lebih ramai developer (tech engineers) untuk membantu rancangan pertumbuhan perniagaan pada 2022.

“Kami sedang mencari developers yang berbakat untuk pelbagai peranan termasuk web developer, full stack engineer, dev ops dan beberapa peranan lain dalam ruang teknologi. “Peranan- peranan ini adalah penting bagi kejayaan usaha-usaha pendigitalan dan prose pengembangan syarikat,” kata Aafrin.

Aafrin juga turut menambah mereka turut menyediakan peluang untuk latihan industri  (internship) buat para pelajar dari pelbagai latar belakang untuk bersama-sama merasai pengalaman berada dalam bidang berita dan media.

Antara teras platform yang telah dibangunkan oleh Tech team adalah New Straits Times, Berita Harian, Harian Metro, Says.com, OhBulan dan platform penstriman OTT tempatan, tonton. Pasukan ini juga mengusahakan projek-projek yang menarik dan mencabar seperti MyUNDI untuk menyampaikan data dan statistik pilihan raya, dan pelbagai projek transformasi digital untuk meningkatkan kekuatan digital kumpulan.

Tech team RMG banyak melabur pada teknologi terkini seperti Microservices, Serveless Technologies, Big Data, Machine Learning, Artificial Intelligence (AI), AR/VR dan juga memfokuskan pada R&D untuk membawa masuk teknologi baru kepada Berita & Media. Pasukan ini telah menjadi perintis dalam kalangan Berita & Media meneroka dan memperkenalkan teknologi baru dalam kumpulan sejak 5 tahun lalu.

Jika anda berminat untuk menyertai pasukan ini, boleh hantarkan profil/ resume anda ke career@revmedia.my.

-TAMAT-

Media Contact:
Muhammad Faisal (Petch)
Communications, REV Media Group
faisal.noor@revmedia.my

About REV Media Group

REV Media Group adalah penerbit digital terkemuka di Malaysia, mewakili lebih 30 jenama terbaik dengan rangkaian yang luas menjangkau lebih 15 juta orang setiap bulan, sekitar 75% dari jumlah keseluruhan populasi internet di Malaysia. Di REV Media Group, kami percaya dengan pemanfaatan kekuatan teknologi dan data untuk menyampaikan kandungan menarik buat audiens kami dari pelbagai platform dan bahasa terdiri daripada Berita, Hiburan, Gaya Hidup, Teknologi dan banyak lagi. Dengan memanfaatkan jangkauan dan platform kami yang komprehensif, kami berusaha untuk membawa jenama-jenama ke tahap yang lebih baik melalui penyelesaian pemasaran digital berdasarkan data yang berpengaruh dan kandungan luar biasa khusus untuk memberi yang terbaik buat para pengguna kami.