Petaling Jaya, 30 Ogos 2021 – Sejak mula dilancarkan pada Januari lalu, program hiburan OBTV terbitan REV Media Group (RMG) (sebahagian daripada kumpulan Media Prima) antara yang mendapat sambutan penonton.

OBTV adalah sebuah program kapsul hiburan socialtainment berdurasi 5 minit yang berkongsi kisah-kisah viral dan berita-berita menarik sepanjang minggu dari hiburan, gaya hidup dan banyak lagi. Nama OBTV diambil dari laman socialtainment nombor satu Malaysia, OHBULAN! atau secara ringkasnya, OB.

OBTV mula bersiaran pada 1 Januari 2021, setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad pada jam 7.55 malam secara eksklusif di TV9. Namun, sejak 1 Ogos 2021, waktu siaran telah ditukar menjadi 6.55 petang.

Telah pun bersiaran selama lebih 34 minggu, barisan penyampai OBTV terdiri daripada bakat dalaman RMG yang cukup bertenaga iaitu Nasha Nazari, Shafika Suhaimi, Danial Nawawi, Ash Nordin, Najmi Suhaimi dan Petchmono yang memberikan sentuhan lebih bersahaja dan segar. “OBTV merupakan sebuah program berbentuk hiburan yang agak berbeza dengan program hiburan sedia ada seperti Mbuzz. Berita-berita menarik dan kisah viral diambil dari seksyen ‘Kini Trending’ yang ditulis oleh penulis-penulis di laman portal OHBULAN! sendiri,” kata Ash Nordin, penerbit OBTV.

Jelasnya lagi, terdapat beberapa pembaharuan yang dilakukan sepanjang OBTV bersiaran ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. Selain waktu siaran yang telah ditukar, rakaman juga telah dilakukan di rumah masing-masing sehingga keadaan kembali selamat dan pulih untuk berada di studio.

“Kami merasa bangga kerana jenama OHBULAN! kini sudah berada di kaca tv dan mendapat sambutan yang membanggakan. Keputusan kami memilih untuk menggunakan internal talents sebagai penyampai juga membuktikan bahawa mereka bukan hanya sebagai pekerja yang berdedikasi, tetapi juga berbakat untuk menjadi seorang penyampai tv,” tambah Noraniza Azmi, Ketua Bahagian Tajaan Kandungan Melayu, RMG.

Memaparkan kisah-kisah viral dan berita menarik terkini dalam program socialtainment, OBTV bersiaran pada setiap hari Jumaat hingga Ahad di TV9, jam 6.55 petang selama 5 minit. OBTV juga boleh ditonton secara dalam talian di www.tonton.com.my pada hari yang sama atau tonton siaran ulangan di laman YouTube OHBULAN OFFICIAL dan Facebook OHBULAN!.

-TAMAT-

Media Contact:
Muhammad Faisal (Petch)
Communications, REV Media Group
faisal.noor@revmedia.my

Mengenai REV Media Group

REV Media Group adalah penerbit digital terkemuka di Malaysia, mewakili lebih 30 jenama terbaik dengan rangkaian yang luas menjangkau lebih 15 juta orang setiap bulan, sekitar 75% dari jumlah keseluruhan populasi internet di Malaysia.

Di REV Media Group, kami percaya dengan pemanfaatan kekuatan teknologi dan data untuk menyampaikan kandungan menarik buat audiens kami dari pelbagai platform dan bahasa terdiri daripada Berita, Hiburan, Gaya Hidup, Teknologi dan banyak lagi.

Dengan memanfaatkan jangkauan dan platform kami yang komprehensif, kami berusaha untuk membawa jenama-jenama ke tahap yang lebih baik melalui penyelesaian pemasaran digital berdasarkan data yang berpengaruh dan kandungan luar biasa khusus untuk memberi yang terbaik buat para pengguna kami.

Mengenai OBTV

OBTV adalah sebuah program kapsul socialtainment berdurasi selama 5 minit, berkongsi kisah-kisah viral dan berita-berita menarik sepanjang minggu dari hiburan, gaya hidup dan banyak lagi. Bersiaran setiap Jumaat hingga Ahad, jam 6.55 petang hanya di TV9.
Facebook OHBULAN! https://www.facebook.com/ohbulanofficialfan
Instagram OHBULAN OFFICIAL https://www.instagram.com/ohbulanofficial/
YouTube OHBULAN OFFICIAL https://www.youtube.com/channel/UCZtXpTMSy1iv1lYvOiahD3A