MyUndi Suarakan Aspirasi Anda!

Petaling Jaya, 4 November 2022 – Pilihan Raya Umum (PRU) Malaysia 2022, atau secara rasmi Pilihan Raya Umum Malaysia ke-15 akan diadakan pada 19 November 2022 setelah parlimen dibubarkan pada 10 Oktober 2022 oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob.

Pada edisi kali ini, kita bakal menyaksikan 222 kerusi parlimen dan sebanyak 117 kerusi negeri di Pahang, Perak, Perlis, dan Sabah akan dipilih untuk pilihan raya ini. Oleh itu, seluruh rakyat Malaysia boleh mengikuti dan mendapatkan segala info dan perkembangan terkini pilihan raya umum melalui portal myundi di www.myundi.com.my.

Portal sehenti yang telah dilancarkan oleh REV Media Group (“REV”) ini telah diperkenalkan sejak pilihan raya umum 2018 lagi. Portal ini menyalurkan berita-berita semasa, maklumat terkini berkaitan pilihan raya serta keputusan keseluruhan pilihan raya. myundi adalah platform digital semua-dalam-satu yang menyediakan penglibatan interaktif dengan statistik pilihan raya yang tepat.

Terbaru dengan edisi kali ini, myundi memperkenalkan ciri baharu Suara Kita,  yang memberi peluang untuk seluruh rakyat menyuarakan pendapat dan idea berkenaan kerajaan baharu yang bakal dipilih. 

Suara Kita adalah ruang untuk semua rakyat berkongsi impian dan aspirasi mengenai Malaysia baharu dan kerajaan untuk masa hadapan”, kata Nicholas Sagau, Ketua Pegawai Operasi, REV.

Rakyat Malaysia boleh pergi ke pautan https://www.myundi.com.my/suara-kita dan selepas menjawab beberapa soalan ringkas, mereka boleh menyuarakan idea untuk masa depan Malaysia seterusnya kongsikan idea mereka di laman sosial.

Boleh diakses secara langsung selama 24 jam, orang ramai boleh memanfaatkan penggunaan myundi sepenuhnya bagi mendapatkan berita, video, infografik yang interaktif dan banyak lagi perihal berkaitan pilihan raya. Orang ramai boleh melawat myundi untuk mendapatkan perkembangan terkini terutamanya pada 5 November untuk kemas kini penamaan calon dan pada malam 19 November untuk keputusan pilihan raya yang terpantas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan 19 November sebagai tarikh mengundi. Berikut merupakan antara tarikh-tarikh penting bagi pilihan raya umum ke-15:

  • 05 November 2022 – Hari Penamaan Calon
  • 15 November 2022 – Hari Pengundian Awal
  • 19 November 2022 – Hari Pengundian

Portal berita myundi boleh diakses melalui komputer, telefon pintar dan tablet di www.myundi.com.my di seluruh dunia.

###

Mengenai REV Media Group

REV Media Group adalah penerbit digital terkemuka di Malaysia, mewakili lebih 35 jenama terbaik dengan rangkaian yang luas menjangkau lebih 15 juta orang setiap bulan, sekitar 80% dari jumlah keseluruhan populasi internet di Malaysia. Di REV Media Group, kami percaya dengan pemanfaatan kekuatan teknologi dan data untuk menyampaikan kandungan menarik buat audiens kami dari pelbagai platform dan bahasa terdiri daripada Berita, Hiburan, Gaya Hidup, Teknologi dan banyak lagi. Dengan memanfaatkan jangkauan dan platform kami yang komprehensif, kami berusaha untuk membawa jenama-jenama ke tahap yang lebih baik melalui penyelesaian pemasaran digital berdasarkan data  yang berpengaruh dan kandungan luar biasa khusus untuk memberi yang terbaik buat para pengguna kami.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Unit Komunikasi REV Media Group :

Petch (faisal.noor@revmedia.my) | Ayunie (sitiayuni@revmedia.my