MyUndi

Petaling Jaya, 21 Disember 2022 Satu lagi sejarah tercipta buat Malaysia apabila seluruh rakyat keluar menunaikan tanggungjawab mereka dengan membuang undi pada Sabtu 19 November lalu untuk Pilihan Raya Umum (PRU) yang ke-15. Sejak dari hari pengumuman PRU sehingga keputusan pengundian, rakyat Malaysia telah memilih MyUndi untuk menjejaki segala perkembangan terkini PRU. 

Portal MyUndi yang telah diperkenalkan oleh REV Media Group (“REV”) pada 2018 ketika PRU14 lalu bertindak sebagai portal sehenti yang komprehensif untuk semua berkaitan PRU15

Boleh diakses sepanjang 24 jam waktu sebenar, MyUndi menyediakan cerita berita, video, maklumat grafik dan kandungan berkaitan pilihan raya yang komprehensif dan menarik.

Penurunan umur mengundi kepada 18 tahun selepas pelaksanaan baharu UNDI18 tahun ini menyumbang kepada hampir 8 juta pengundi baharu. Bagi pengundi kali pertama, MyUndi memainkan peranan penting untuk menyediakan berita, maklumat dan data yang menyeluruh dan komprehensif untuk memastikan pengundi sedia maklum.

MyUndi juga menyediakan banyak artikel mengenai calon dan parti, untuk mendidik rakyat Malaysia tentang proses pilihan raya. Ini telah diterjemahkan kepada kenaikan Paparan Halaman (“PV”) dan Paparan Unik (“UV”).

Portal MyUndi secara khusus memperoleh lebih daripada 50 juta paparan halaman semasa PRU15 ini; tempoh bersejarah bagi Malaysia.

Pada malam pilihan raya sahaja, semua laman sesawang digital di bawah REV mempunyai jumlah pelawat kira-kira 10.4 juta mencecah kira-kira 50%* daripada Jumlah Populasi Internet di Malaysia di seluruh platform digitalnya yang turut merangkumi jenama seperti New Straits Times, Berita Harian, Harian Metro, Free Malaysia Today, SAYS. (*Jumlah Populasi Digital Malaysia ialah 20.6 juta berdasarkan Comscore Internet Audience Data untuk Malaysia pada September 2022)

Gabungan kesemua laman sesawang digital menyaksikan pertumbuhan yang luar biasa berbanding PRU14 (2018) sebelum ini, di mana jumlah pengguna ke platform telah meningkat sebanyak 85% manakala PV telah meningkat sebanyak 316%.

MyUndi turut memperkenalkan ciri baharu iaitu Suara Kita yang memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk menyuarakan pendapat dan idea mereka berhubung kerajaan baharu yang akan dipilih (sebelum mengundi). Dengan info data ini dan pemetaan ke REV ID, penyelesaian hak milik yang dibina secara dalaman untuk menggerakkan pengumpulan first party data, REV dapat mengoptimumkan capaian dan penukaran kandungan sepanjang tempoh pilihan raya.

Gabungan First party data dengan trafik semasa PRU15 membolehkan REV memperkaya pengumpulan First party data mereka yang membolehkan mereka melaksanakan lebih banyak kempen sasaran dengan penukaran yang lebih baik pada masa hadapan.

Sebagai penerbit media digital terbesar di Malaysia, REV berjaya menyampaikan maklumat yang menyeluruh dan menarik semasa tempoh pilihan raya kepada rakyat Malaysia dan berjaya meraih 82 juta tanggapan (impressions) melalui semua iklan digital di semua laman sesawang  digital REV.

Selain dari itu, MyUndi juga telah menjadi antara carian tertinggi dan tersenarai di tempat kelima dalam Top Trending Searches di Malaysia oleh Google untuk tahun ini.

Dengan pilihan raya negeri yang akan datang pada 2023 untuk negeri-negeri tertentu, REV akan dapat memberikan pengalaman yang lebih baik kepada pengundi melalui platformnya dan juga nilai yang lebih tinggi kepada jenama/pelanggan yang memaksimumkan First Party Data melalui REV ID.

###

Mengenai REV Media Group

REV Media Group adalah penerbit digital terkemuka di Malaysia, mewakili lebih 35 jenama terbaik dengan rangkaian yang luas menjangkau lebih 15 juta orang setiap bulan, sekitar 80% dari jumlah keseluruhan populasi internet di Malaysia. Di REV Media Group, kami percaya dengan pemanfaatan kekuatan teknologi dan data untuk menyampaikan kandungan menarik buat audiens kami dari pelbagai platform dan bahasa terdiri daripada Berita, Hiburan, Gaya Hidup, Teknologi dan banyak lagi. Dengan memanfaatkan jangkauan dan platform kami yang komprehensif, kami berusaha untuk membawa jenama-jenama ke tahap yang lebih baik melalui penyelesaian pemasaran digital berdasarkan data  yang berpengaruh dan kandungan luar biasa khusus untuk memberi yang terbaik buat para pengguna kami.

 

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Unit Komunikasi REV Media Group :

Petch (faisal.noor@revmedia.my