Lebih 300,000 pengguna aplikasi Raudhah boleh mencari dan menempah pakej Umrah pilihan mereka hanya di hujung jari

Kuala Lumpur, 24 Ogos 2018 –  Berlalu sudah sambutan Hari Raya Aidil Adha atau dikenali sebagai Hari Raya Korban mahupun Hari Raya Haji di mana umat Islam mengerjakan salah satu rukun Islam yang lima iaitu, menunaikan ibadah haji. Kini, umat Islam boleh kembali menunaikan ibadah umrah dan pertamanya bagi mereka yang merancang untuk melakukan ibadah ini pastinya akan memilih pakej umrah yang bersesuaian.

Melakukan ibadah kini menjadi lebih mudah dengan adanya aplikasi Raudhah yang boleh dimuat turun secara percuma melalui Apple App Store dan Google Playstore.

Mula dilancarkan pada April 2017, aplikasi yang dibangunkan oleh Media Prima Labs ini bermatlamat untuk menjadi one stop centre bagi umat Islam mendapatkan pelbagai informasi. Raudhah merupakan aplikasi yang menggabungkan waktu solat, arah qiblat dan fungsi carian untuk masjid dan restoran halal berdekatan di samping pelbagai lagi kandungan Islamik tempatan.

Selain daripada 15 ciri-ciri yang terdapat pada aplikasi Raudhah, Raudhah kini menawarkan Pakej Umrah sebagai sebahagian daripada ciri terbaharu aplikasi ini dalam usaha memudahkan para Muslimin untuk melakukan ibadah Umrah.

Ciri terbaru yang dilancarkan setahun selepas aplikasi ini diperkenalkan merupakan kerjasama Media Prima Digital yang merupakan salah sebuah anak syarikat kumpulan Media Prima dan Tripfez, sebuah agensi pelancongan mesra Muslim.

Kolaborasi ini membolehkan pengguna yang telah pun memuat turun aplikasi Raudhah menempah pakej Umrah pilihan mereka dengan hanya satu klik di hujung jari, sama ada menerusi ciri Umrah pada aplikasi berkenaan ataupun menerusi versi laman sesawang Raudhah di, www.Raudhahku.com.my.

Para pengguna sedia ada mahupun yang baru memuat turun aplikasi percuma ini akan dapat mencari penerbangan dan hotel untuk perjalanan Umrah mereka dengan lebih mudah mengikut pelbagai kriteria, termasuk tarikh perjalanan dan bilangan pelancong dalam kumpulan. Mereka dapat memilih sendiri pakej yang bersesuaian dengan masa serta kemudahan yang mereka inginkan. Setelah mereka memilih setiap komponen pakej Umrah, tempahan boleh dibuat melalui borang pesanan dalam talian.

“Kami sangat teruja untuk memperkenalkan ciri Umrah ke dalam aplikasi Raudhah. Menjalani Umrah kini lebih mudah dengan adanya kemajuan teknologi dan kami gembira dapat memperkenalkannya ke produk digital kami, bersesuaian dengan pendekatan digital-first Media Prima Digital sebagai sebuah organisasi media digital,” kata Rafiq Razali, Ketua Pegawai Eksekutif, Media Prima Digital.

Selain itu, daripada beberapa pakej umrah yang disediakan, istimewanya, orang ramai juga boleh menempah pakej umrah bersama Da’i Hadhari atau Da’i Fuad. Lebih menarik lagi, mereka yang terawal membuat tempahan pakej umrah bersama Da’i boleh menikmati diskaun sebanyak RM200 (early birds discount).

Dalam masa yang sama, ciri terbaru Umrah ini hadir tepat pada masa di saat banyak kes melibatkan penipuan pakej Umrah terjadi. Tinggalkan segala kebimbangan, Pakej Umrah yang ditawarkan pada aplikasi serta laman sesawang Raudhah ini merupakan pakej yang telah diiktiraf dan boleh dipercayai.

Jadi, tempeh pakej Umrah anda sekarang dengan lebih mudah di aplikasi Raudhah dan juga laman sesawang www.Raudhahku.com.my.

PERTANYAAN MEDIA:

Muhammad Faisal (Petch),

Communications, Media Prima Digital

faisal.noor@mediaprima.com.my

Mengenai Media Prima Labs

Media Prima Digital menerajui inovasi, pemasaran digital dan teknologi dalam Media Prima Group, syarikat media bersepadu yang terkemuka di Malaysia. Ia memahami seni dan sains untuk mewujudkan ikatan yang kekal antara pengguna dan jenama dari perspektif digital dan berusaha untuk menawarkan penyelesaian digital secara holistik yang merangkumi pemasaran prestasi, pembangunan aplikasi mudah alih, analisis data, mendengar media sosial dan banyak lagi dari perspektif 360 darjah. Harta intelek kumpulan dan platform media yang pelbagai juga membolehkan akses jenama kepada penonton massa secara unik dan komprehensif secara digital.