Nabila Razali dan Indah Ruhaila turut meriahkan aktiviti CSR ini
Petaling Jaya, 19 Disember 2019 – Musim cuti sekolah kembali lagi dan pasti ramai yang merancang untuk membawa anak-anak khususnya pergi bercuti atau berhibur di hujung tahun. Mengambil kesempatan ini, lebih 10 orang sukarelawan daripada Media Prima Digital telah melaksanakan aktiviti Tanggungjawab Sosial Korporat atau Corporate Social Responsibility (CSR) bersama 35 orang anak-anak asnaf dan yatim dari Taman Putra Perdana, Puchong.
Selari dengan tempoh tayangan filem animasi tempatan yang telah pun meraih kutipan lebih RM 20 juta, Ejen Ali The Movie, Media Prima Digital telah membawa seramai 35 orang anak-anak asnaf dan yatim bersama 5 orang penjaga untuk menonton filem tersebut, bertempat di TGV Dpulze Shopping Centre, Cyberjaya.
Terdahulu, sebelum tayangan bermula, kesemua anak-anak ini dibawa untuk makan tengah hari bersama-sama dengan dua selebriti jemputan yang turut memeriahkan acara CSR ini iaitu Nabila Razali dan Indah Ruhaila.
“Kami berbesar hati dapat bersama-sama berkongsi kegembiraan dengan anak-anak ini. Ini juga sebagai satu tanda terima kasih atas sokongan tidak berbelah bahagi rakyat Malaysia terhadap aplikasi dan permainan mudah alih yang dibangunkan Media Prima Digital dan kami zahirkan rasa kesyukuran kami menerusi aktiviti CSR ini. ”, kata Rafiq Razali, Ketua Pengarah Eksekutif, Media Prima Digital yang turut bertanggungjawab membangunkan permainan Ejen Ali Emergency.
Tambahnya lagi, “Kami juga berharap selain dapat menceriakan mereka, sedikit sumbangan wang ringgit yang diberikan dapat menampung kos perbelanjaan harian anak-anak ini. Sebagaimana Ejen Ali yang sentiasa bertindak segera, kami mahu memainkan peranan kami sebagai sebuah organisasi media yang prihatin dan sentiasa bersama komuniti semua”.
Selain itu, Anak-anak Asnaf dan Yatim Taman Putra Perdana, Puchong ini juga telah menerima sumbangan wang tunai bernilai RM5000 dari Media Prima Digital untuk kegunaan perbelanjaan harian mereka.
Acara santai ini menandakan penutup bagi aktiviti CSR bagi tahun 2019 kumpulan Media Prima Digital.
-TAMAT-
MEDIA CONTACT:
Muhammad Faisal (Petch)
Executive, Communications, Media Prima Digital
About Media Prima Digital
Spearheads innovation, digital marketing, and technology within the Media Prima Group via an integrated and agile approach. With our digital know-how, we strive to offer a holistic and end-to-end digital solution encompassing performance marketing, mobile app development, data analytics, social media listening, and many more.
Our group’s rich intellectual properties and diversified media platforms also allow brands access to mass audiences in a unique and comprehensive manner digitally.