Lebih ramai yang menonton, lebih banyak wang tunai untuk dimenangi

Petaling Jaya, 3 Februari 2021 – Hampir setahun usia Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan dan rakyat Malaysia semakin mulai menyesuaikan diri dengan norma baharu. Ini termasuk dengan aktiviti-aktiviti yang dilakukan bagi memastikan mereka terus produktif dan kekal positif. Dengan itu, MyGameOn (MGO) sekali lagi mengajak orang ramai untuk mengisi masa lapang mereka dan berpeluang memenangi hadiah wang tunai dengan mengembalikan MGO Lunchtime Cup!

Mula diperkenalkan pada bulan April 2020 ketika PKP yang lalu, MGO Lunchtime Cup adalah sebuah kejohanan e-sukan secara kasual di mana pemain boleh turut serta dan menang wang tunai walau hanya berada di rumah  masing-masing.

Membuka tirai musim pertama ini, MGO Lunchtime Cup dengan kolaborasi bersama Team Bosskurr membawakan strimer terkenal dari kalangan pemain e-sukan seperti Daddyhood, Gripex, Obot, Zynn, Naoki, Fiera, dan Ombong.

Seperti namanya, MGO Lunchtime Cup, kejohanan kali ini berlangsung secara bermusim, pada jam 12 tengah hari selama dua jam, setiap hari Sabtu dan Ahad selama sebulan. Satu hari, satu perlawanan dan hanya satu pemenang!

Jumlah hadiah wang tunai terkumpul harian berdasarkan konsep lebih ramai yang menonton, lebih banyak wang tunai untuk dimenangi, maksimum sehingga RM800 setiap minggu! Pemenang harian berpeluang membawa pulang RM300 tetapi bukan itu sahaja, dua penonton bertuah dari setiap perlawanan juga berpeluang memenangi wang tunai RM50 setiap seorang.

Masih lagi mengekalkan permainan PlayerUnknown’s Battleground Mobile (PUBGM), gamers boleh turut serta dalam perlawanan ini secara mod solo, tiada pra-pendaftaran yang diperlukan, pemain boleh terus turut serta di mana room key akan diberikan sewaktu strim berlangsung dan hanya terhad kepada 100 pemain terawal mendaftar. Jadi, siapa cepat, dia dapat!

Matthew Ho, Ketua Kandungan Permainan REV Media Group berkata, “Kali ini kami bawakan kandungan format baharu iaitu secara bermusim untuk memastikan ada kesinambungan dari kejohanan yang terdahulu dan supaya kejohanan ini boleh terus dinikmati oleh orang ramai sehingga beberapa musim lagi”.

“Kami juga faham betapa mencabarnya melalui proses bekerja mahupun belajar dari rumah, jadi dengan inisiatif ini serba sedikit dapat memberi masa ‘rehat’ dan menggembirakan mereka secara santai pada hujung minggu”, tambahnya lagi.

Selain itu, Ketua Pegawai Produk REV Media Group, Nicholas Sagau turut mengulas, “Terbukti acara kejohanan secara maya ini mempunyai penglibatan dan penonton yang tinggi berdasarkan kejohanan yang lalu, maka ini secara tidak langsung membuka lebih banyak peluang bagi jenama-jenama di luar sana untuk sama-sama memanfaatkan audiens permainan kasual ini”.

Jangan lepaskan peluang untuk turut serta dan menang wang tunai setiap minggu! Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai MGO Lunchtime Cup di www.mygameon.my atau di laman instagram dan Facebook @mygameondotmy.

-Tamat-

Media Contact:
Muhammad Faisal (Petch)
Communications, REV Media Group
faisal.noor@revmedia.my | 0176283626

Mengenai REV Media Group
REV Media Group adalah penerbit digital terkemuka di Malaysia, mewakili lebih 30 jenama terbaik dengan rangkaian yang luas menjangkau lebih 15 juta orang setiap bulan, sekitar 75% dari jumlah keseluruhan populasi interneti di Malaysia.

Di REV Media Group, kami percaya dengan pemanfaatan kekuatan teknologi dan data untuk menyampaikan kandungan menarik buat audiens kami dari pelbagai platform dan bahasa terdiri daripada Berita, Hiburan, Gaya Hidup, Teknologi dan banyak lagi.

Dengan memanfaatkan jangkauan dan platform kami yang komprehensif, kami berusaha untuk membawa jenama-jenama ke tahap yang lebih baik melalui penyelesaian pemasaran digital berdasarkan data yang berpengaruh dan kandungan luar biasa khusus untuk memberi yang terbaik buat para pengguna kami.

Mengenai MyGameOn
MyGameOn tertumpu kepada permainan video dan e-sukan dengan sentuhan tempatan. Perkhidmatannya termasuk liputan acara, ulasan permainan, temu ramah pemain, perkongsian media dan banyak lagi! Jika anda mempunyai acara yang mahu diketahui Malaysia, hubungi MyGameOn!

Menerusi kerjasama bersama badan-badan kerajaan seperti Kementerian Belia & Sukan (KBS), Majlis Sukan Negara (MSN), dan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), MyGameOn berusaha untuk membangunkan e-sukan dan permainan video, dan menghubungkan komuniti-komuniti permainan video, dari pemain kasual ke jenama-jenama korporat.