Media Prima Labs & Streamline Games lancar Nightstream app
Kuala Lumpur, 11 Oktober 2018 – Media Prima Labs dan Streamline Games telah berkolaborasi bersama melancarkan Nightstream, satu aplikasi permainan mudah alih baru yang memaparkan beberapa karakter pemain dengan personaliti, motivasi dan tema muzikal masing-masing, semalam. Pemain boleh memilih watak dan papan luncur mereka sendiri mengikut citarasa masing-masing
Nightstream adalah satu tarikan baru dalam genre permainan larian. Dengan cerita sci-fi ala gaya buku komik asli ini, Nightstream terdiri daripada sekumpulan pelari – para penentang yang bertekad untuk melawan kuasa jahat di Metronite Corporation yang mahu mengambil alih kawalan Nightstream, satu aliran data misteri untuk diri mereka sendiri.
Turut serta dalam perjuangan menentang Nightstream adalah Zara, seorang gadis Hijabista. Dia adalah seorang barista separuh masa, dan seorang pelari sepenuh masa yang menuntut keadilan terhadap Metronite selepas satu kemalangan berlaku meragut nyawa adik lelakinya. Pada mulanya, Zara mungkin kelihatan seperti seorang yang keras kepala dan serius, tapi lama-kelamaan, mula menunjukkan sisi lainnya yang lebih lembut dan kewanitaan. Banyak lagi watak baru akan diperkenalkan pada masa akan datang, maka, para pemain harus terus bermain dan bersedia dengan kemaskini terbaru.
Nightstream telah dilancarkan dan boleh dimuat turun di Apple App Store dan Google Play Store pada 15 September lalu. Sehingga ke hari ini, Nightstream telah mencapai 6,000 muat turun.
Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Digital, Rafiq Razali berkata,“Kami begitu teruja dengan kolaborasi bersama Streamline Games kerana mereka adalah pembangun AAA dengan trek rekod yang amat baik dalam membangunkan permainan video. Dengan adanya Streamline Games yang menumpukan pembangunan permainan, kami boleh mengguna kepakaran kami sebagai syarikat media bersepadu terbesar di Malaysia untuk mempromosikan Nightstream ke pasaran yang lebih meluas dan meneruskan kejayaan diperoleh Ejen Ali dan Mak Cun’s Adventure.”
“Nightstream adalah next-gen runner. Ia adalah sesuatu yang pasti akan disukai para adrenaline junkie. Saya berasa sangat teruja untuk melihat sambutan terhadap permainan ini. Kami telah meletakkan sepenuh hati ke dalam mekanik permainan di mana saya harap para pemain akan benar-benar menikmatinya. Memperkemaskan beberapa mekanik bukan satu kerja mudah, terutamanya tindak balas kawalan dan mekanik tingkat kuasa kerana kami amat menitikberatkan kesempurnaan dalam setiap apa yang kami lakukan” kata Izzal Imaani, Penerbit Bersekutu, Nightstream.
Nightstream mengandungi:
- Cerita asli, sci-fi dengan paparan buku komik yang menarik.
- Runut bunyi elektronik yang melengkapi cabaran dan kadar kelajuan permainan.
- Skim kawalan dwi-tangan membenarkan pergerakan responsif dan helah cepat.
- Mod tidak berpenghujung mencabar sejauh mana pencapaian anda dalam Nightstream.
- Online leaderboards dan sistem ranking menggalakkan anda untuk melepasi markah tertinggi anda mahupun rakan-rakan.
- Watak pemain yang pelbagai, setiap satunya dengan personaliti dan motivasi diri yang unik, termasuk pelari Malaysia, Zara.
- Watak-watak tambahan, kostum dan papan luncur boleh diperoleh dalam permainan.
Nightstream kini boleh dimuat turun di App Store dan Google Play Store. Untuk maklumat lanjut, sila ikuti Nightstream di Facebook atau laman web Nightstream.
MEDIA CONTACT:
Jessica Poon
Executive, Communications, Media Prima Digital
About Media Prima Labs
With the increasing demand for mobile application & games, Media Prima Group has taken the step forward to champion the development within the industry, hence the establishment of Media Prima Labs (MP Labs). MP Labs has to-date primarily leveraged and successfully developed products based on the Group’s unique intellectual properties, such as Jalan-Jalan Cari Makan, Harian Metro Mountain Bike Grand Prix, Ejen Ali and more. Aside from developing mobile products for the Group, MP Labs also welcomes external ideas. MP Labs has successfully developed 13 mobile apps & games by the end of 2016.
About Streamline Games
An independent game studio creating original IP, and available for work-for-hire. Their team of 70 people are licenced Nintendo, Sony, and Microsoft developers. Past credits include the China Hero Project, Final Fantasy XV® franchise, Hoopworld, and Axon Runners.