Dari siri TV, kini Mak Cun dalam permainan mudah alih
Petaling Jaya, 24 Mei 2018 – Merupakan satu fenomena dan sebuah jenama yang tidak asing lagi, siri TV popular Mak Cun yang sudah memasuki musim keempat kini beralih ke dunia permainan digital menerusi Mak Cun’s Adventure!
Menerusi Media Prima Labs, Mak Cun’s Adventure yang telah dilancarkan semalam menjanjikan kelainan buat penggemar drama bersiri ini. Permainan yang merangkumi 30 tahap ini akan membuatkan anda teruja dengan setiap cabaran baru yang bakal dihadapi di setiap peringkat permainan. Mak Cun’s Adventure boleh dinikmati dalam dua bahasa, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Mak Cun’s Adventure atau ‘Diner Dash’ versi tempatan ini menampilkan karakter utama Mak Cun di mana anda berperanan membantu Mak Cun menyiapkan pesanan para pelanggan warungnya! Daripada Char Kuey Teow sehinggalah Nasi Campur, permainan interaktif ini menguji kepantasan serta ketangkasan anda menyusun strategi. Tambah menarik lagi, lagu tema Mak Cun juga turut menjadi runut bunyi asal bagi permainan mudah alih ini.
“Kami di Media Prima Digital berasa terharu kerana diberi kepercayaan membangunkan permainan untuk jenama Mak Cun yang kita semua tahu merupakan antara jenama drama TV yang popular di Malaysia. Tentunya, kejayaan kita sebelum ini dalam memperkenalkan permainan Ejen Ali dan juga J Revolusi akan menjadi cabaran dan pemangkin untuk pihak kami berikan yang lebih baik lagi. Mak Cun’s Adventure berupaya memberi nilai tambah kepada jenama Mak Cun sekaligus membuktikan dedikasi kami dalam menjadikan Media Prima “the leading content company in Malaysia”, kata Rafiq Razali, Ketua Pegawai Eksekutif, Media Prima Digital.
Tambah Rafiq lagi, antara keistimewaan permainan ini adalah elemen lokal yang diterapkan ke dalam unsur permainan ini. Daripada latar kampung yang membangkitkan ‘mood’ drama Mak Cun itu sendiri sehinggalah kepada menu kegemaran rakyat Malaysia yang ditampilkan, Mak Cun’s Adventure mengangkat keistimewaan budaya Malaysia ke peringkat glokal bersesuaian dengan tagline drama Mak Cun, “From Rural to Global”.
“Kalau dulu dalam permainan J Revolusi kita masukkan KLCC, kali ini lebih banyak unsur tempatan yang kita ketengahkan dalam Mak Cun’s Adventure. Bayangkan anda berupaya membantu Mak Cun menyiapkan sarapan kesukaan rakyat kita seperti Nasi Lemak serta Roti Canai untuk dihidangkan bersama Teh Tarik dan Kopi O. Tentunya, ciri istimewa ini menjadi daya penarik yang mampu membuatkan kita ‘melekat’ bermain permainan ini”, tambah Rafiq lagi.
Sementara itu menurut Erma Fatima, teraju utama drama Mak Cun, penghasilan permainan mudah alih Mak Cun’s Adventure merupakan satu langkah ke hadapan yang sangat bermakna untuk jenama Mak Cun. Dengan adanya permainan ini, ia juga berupaya membesarkan lagi empayar Mak Cun itu sendiri.
Sebelum ini, Media Prima Digital menerusi inkubatornya Media Prima Labs turut membangunkan permainan Harian Metro Mountain Bike dan Dia. Paling memberangsangkan permainan Ejen Ali telah pun mencatat lebih daripada 4 juta muat turun sehingga menembusi pasaran Indonesia.
Jika anda sukakan dua kombinasi ini iaitu makanan dan menyusun strategi, maka anda pasti akan tertarik dengan Mak Cun’s Adventure! Anda boleh muat turun permainan mudah alih ini secara percuma di Google Play Store dan juga Apple App Store.
PERTANYAAN MEDIA:
Dhiya Aizat
Lead, Communications, Media Prima Digital
Muhammad Faisal (Petch)
Executive, Communications, Media Prima Digital
Mengenai Media Prima Labs
With the increasing demand for mobile application & games, Media Prima Group has taken the step forward to champion the development within the industry, hence the establishment of Media Prima Labs (MP Labs). MP Labs has to-date primarily leveraged and successfully developed products based on the Group’s unique intellectual properties, such as Jalan-Jalan Cari Makan, Harian Metro Mountain Bike Grand Prix, Ejen Ali and more. Aside from developing mobile products for the Group, MP Labs also welcomes external ideas. To date, MP Labs has successfully developed 13 mobile apps & games and introduced MyGameOn, Malaysia’s gaming news and content portal.