Platform ganjaran sehenti Malaysia untuk pengguna media sosial

Petaling Jaya, 5 April 2018 – Media Prima Labs (MPLabs) dan REV Asia Berhad telah melancarkan laman web ganjaran yang telah dirubah dan aplikasi mudah alih “8coin”, terdahulu dikenali sebagai 8Share oleh REV Asia Berhad. 8coin adalah kelab ganjaran peribadi untuk pengguna media sosial yang gemar mendapatkan barangan percuma, jana wang tambahan, dan menjadi yang pertama untuk memperkenalkan sesuatu yang baru kepada keluarga dan rakan-rakan mereka. 8coin berfungsi sebagai platform untuk para pengguna mendapatkan ganjaran dengan cara perkongsian kandungan menarik di media sosial mereka. Selain itu, ia juga berfungsi sebagai platform untuk para pemasar melibatkan pengguna-pengguna 8coin sebagai penyokong sosial bagi mempromosikan jenama mereka di media sosial.

8coin mempunyai komuniti yang terdiri daripada lebih 770,000 pengguna media sosial di seluruh Malaysia. Terdapat satu ruang ‘Khas’ yang menganjurkan kandungan tajaan merangkumi filem, permainan, acara, produk dan pertandingan yang terkini. Para pengguna 8coin yang telah kongsikan ruangan “Khas” 8coin di media sosial mereka akan diberi ganjaran bagi setiap lawatan unik yang mereka terima.

Sejak 2010, komuniti telah mengeluarkan lebih daripada RM8 juta.

Dalam aplikasi mudah alih dan laman web 8coin yang telah diubahsuai ini, para pengguna dibenarkan untuk memilih sama ada mengeluarkan tunai atau menebus barangan menarik dengan 8coin yang mereka perolehi.

“8coin dibangunkan sebagai platform ganjaran bersepadu bagi Media Prima untuk memastikan semua platform dapat mengakses komuniti 8coin. Kami benar-benar berharap ini dapat menguatkan lagi hubungan antara kami dan pengguna 8coin,” kata Rafiq Razali, Ketua Pegawai Eksekutif, Media Prima Digital.

Pengarah Urusan REV Asia Berhad, Voon Tze Khay turut menambah, “Kami berbangga dapat melancarkan 8coin, platform ganjaran bersepadu yang pertama antara REV Asia dan Media Prima, bertujuan untuk merapatkan jurang antara media tradisional dan digital. Objektif 8coin adalah untuk memberi pengguna pengalaman perkongsian sosial dan program tunai dan ganjaran tanpa had yang lebih baik. Kami juga berharap dapat menguasai media tradisional di Malaysia dengan pelancaran aplikasi ini.”

8coin boleh dimuat turun di Apple App Store dan Google Play Store atau pengguna juga boleh mengakses laman web melalui pautan ini: https://8coin.my/

Apple App Store: https://itunes.apple.com/my/app/8coin/id1306626051?mt=8

Google Play Store: https://play.google.com/store/apps/details?id=my.com.mediaprimadigital.a8coin

MEDIA CONTACT:

Jessica Poon

Executive, Communications, Media Prima Digital

jessicapoon@mediaprima.com.my

About Media Prima Labs

With the increasing demand for mobile application & games, Media Prima Group has taken the step forward to champion the development within the industry, hence the establishment of Media Prima Labs (MP Labs). MP Labs has to-date primarily leveraged and successfully developed products based on the Group’s unique intellectual properties, such as Jalan-Jalan Cari Makan, Harian Metro Mountain Bike Grand Prix, Ejen Ali and more. Aside from developing mobile products for the Group, MP Labs also welcomes external ideas. MP Labs has successfully developed 13 mobile apps & games by the end of 2016.

About REV Asia

As one of Malaysia’s leading digital media groups, REV Asia owns and operates top authority brands with an extensive distribution platform that is able to reach a total of approximately 5 million people each month through the power of social media marketing and exceptional content, and provide influential digital marketing solutions to over 250 brands and counting.