Portal Permainan Media Prima Digital Wakil Malaysia dalam Inisiatif Berita Google (IBG) Cabaran Inovasi Asia Pasifik

Kuala Lumpur, 4 Mei 2020 – Media Prima Digital (MPD) dipilih sebagai salah satu dari 18 organisasi dalam Cabaran Inovasi Inisiatif Berita Google (IBG) dari 255 penyertaan seluruh Asia Pasifik dan merupakan satu-satunya syarikat yang mewakili Malaysia di rantau ini. Portal permainan dan esukan MPD, MyGameOn telah dipilih untuk mengemukakan idea dan dengan sokongan IBG,  berusaha untuk menampilkan cadangan isi kandungan bagi meningkatkan penggunaan kandungan dari komuniti pemain melalui penyesuaian.

Inisiatif Berita Google (IBG) adalah usaha global Google untuk bekerjasama dengan industri berita bagi membantu mengembangkan kewartawanan dalam era digital. Melalui kutipan dana serantau, Cabaran Inovasi IBG akan memperkasakan pemangkin berita dari seluruh dunia bagi menunjukkan pemikiran baharu dalam kewartawanan dalam talian dan pengembangan model perniagaan penerbitan baru.

“Sebagai sebahagian dari usaha kami untuk membantu kewartawanan berkembang dalam era digital, Cabaran Inovasi Inisiatif Berita Google Asia Pasifik mencari cara kreatif bagi bilik berita di seluruh rantau dapat meningkatkan interaksi pembaca. Dipilih antara 255 pemohon, cadangan dari Media Prima menunjukkan penyelesaian yang dapat dilaksanakan, dan kami berhasrat untuk melihat hasilnya nanti.” kata Fazal Ashfaq, Ketua Penerbitan & Berita, APAC, Google.

Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Digital, Rafiq Razali berkata, “Kami sangat berbesar hati kerana terpilih untuk sebuah inisiatif yang mempercayai pemerkasaan pemangkin berita, terutamanya pada masa yang mencabar ini. Kami percaya ini adalah selari dengan komitmen kami untuk menjadi syarikat media digital pertama yang terkemuka dan dengan sokongan dan kepercayaan Google, kami akan terus berusaha membentuk industri berita.”

Selain dari MyGameOn, Media Prima Digital juga telah mengambil alih operasi IGN Asia Tenggara baru-baru ini untuk mengembangkan lagi portfolio permainan dan esukan serta kewujudan digitalnya di rantau ini. Capaian digital Media Prima ketika ini berjumlah lebih dari 15.3 juta pelawat unik bulanan di seluruh platform digital kumpulan, memenuhi segmen audiens yang berbeza dan menyebarkan kandungan yang relevan di setiap platform.

“Media Prima Digital telah bekerjasama secara rapat dengan kedua-dua sektor awam dan swasta untuk mengembangkan lagi esukan sambil menyokong aspek penganjuran sihat dan profesional. Dengan sokongan Google, kami berusaha untuk terus menyampaikan kandungan yang bernilai kepada audiens dan yakin dengan visi kami membawa esukan ke tahap yang lebih baik.” kata Nicholas Sagau, Pengurus Besar Kumpulan, Media Prima Digital.

Untuk maklumat lanjut mengenai Inisiatif Berita Google (IBG), layari:

https://www.blog.google/around-the-globe/google-asia/gni-innovation-challenge-apac 

– TAMAT-

Jessica Poon
Executive, Communications, Media Prima Digital
jessicapoon@mediaprima.com.my

About Media Prima Digital

Media Prima Digital spearheads innovation, digital marketing and technology within the Media Prima Group, Malaysia’s leading fully-integrated media company. It understands the art and science of creating an enduring bond between consumers and brands from a digital perspective and strives to offer a holistic and end-to-end digital solutions encompassing performance marketing, mobile app development, data analytics, social media listening and many more from a 360-degree perspective. The group’s rich intellectual properties and diversified media platforms also allow brands access to mass audiences in a unique and comprehensive manner digitally. For more information, visit revmedia.

About MyGameOn

MyGameOn focuses on gaming and esports with a local twist. From event coverages, game reviews, player interviews, media partnerships and so much more! If you have an event you want Malaysia to hear about, let us know! 

Working with government bodies such as the Kementerian Belia & Sukan (KBS), Majlis Sukan Negara (MSN), and Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), MyGameOn strives to grow esports and gaming, and to bridge gaming communities, from casual gamers to corporate brands.