Kejohanan e-sukan seluruh negara cari bintang e-sukan terhebat Malaysia

Kuala Lumpur, 29 Januari 2019 – Media Prima Digital dan Celcom Axiata Berhad hari ini mengumumkan XPAX Kejohanan E-Sukan Kampus (KEK) 2019, kejohanan e-sukan Malaysia yang pertama menampilkan pasukan e-sukan institusi pengajian tinggi terbaik di seluruh negara, bertanding bagi merebut hadiah tunai terkumpul berjumlah RM 180,000.

Dianjurkan MyGameOn, dengan kerjasama rakan e-sukan mereka Kitamen, acara ini akan diadakan di lima zon berbeza di seluruh negara. Hadiah utama tunai boleh dimiliki semua peserta yang akan bertanding dalam 3 kategori permainan berbeza: Mobile Legends Bang Bang, Pro Evolution Soccer 2019 dan DOTA 2.

Kejohanan ini akan dimulakan dengan pusingan kelayakan atas talian di bulan Februari di mana pasukan bertanding akan merebut tempat ke pusingan Top 16. Kesemua pasukan yang layak bagi setiap permainan di setiap zon akan beraksi secara sihat dan sengit dalam pusingan zon final pada bulan Mac.

Pemenang setiap zon pula kemudiannya akan ke peringkat grand final bagi merebut kejuaraan dan hadiah wang tunai utama yang akan berlangsung akhir April di Kuala Lumpur. Lebih menarik lagi, institusi pengajian tinggi dengan pasukan menang paling banyak juga berpeluang menerima biasiswa bernilai RM 50,000, dibawakan oleh jenama terkemuka Celcom, XPAX, sebagai salah satu inisiatif mereka dalam memperkasa e-sukan. Selain XPAX, Predator akan turut bersama menjadi rakan rasmi KEK.

Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Digital, Encik Rafiq Razali berkata “Media Prima Digital sangat komited dalam membangunkan industri e-sukan di Malaysia dan oleh sebab itulah, kami menganjurkan KEK. Ini merupakan peluang berharga untuk industri permainan tempatan dengan adanya penyertaan jenama besar seperti XPAX yang turut menyokong pemerkasaan e-sukan pada peringkat universiti dan dalam masa yang sama memberikan peluang yang sama kepada semua pemain e-sukan termasuklah di peringkat akar umbi untuk turut sama berkongsi pengalaman sama seperti yang ada di Lembah Klang. Kami sangat berbangga dapat menyemarakkan lagi industri e-sukan melalui inisiatif yang dilakukan di bawah portal permainan kami, MyGameOn dan dengan adanya KEK, kami berharap dapat mendidik lebih 1 juta siswa dan siswi dari semua institusi pendidikan tinggi di seluruh negara tentang budaya ‘healthy gaming’ seterusnya memberi pendedahan akan potensi yang dimiliki industri ini terhadap masa depan mereka”.

Memandangkan e-sukan akan dipertandingkan pada temasya Sukan SEA akan datang, XPAX selalu pemangkin rasmi KEK, percaya yang kejohanan ini dapat mempertingkatkan lagi industri e-sukan dan permainan video di rantau Asia Tenggara. Selepas berjaya menubuhkan pasukan e-sukan mereka yang tersendiri awal tahun ini iaitu, XPAX X-ASSINS, penglibatan XPAX dalam KEK turut membawa misi mencungkil bakat tempatan serta mengasah keupayaan mereka menjadi atlet e-sukan professional pada masa hadapan.

Danny Chew, Ketua Pegawai Perniagaan Konsumer dan Kediaman. Celcom Axiata Berhad berkata “Celcom melalui XPAX sangat teruja mempersembahkan KEK memandangkan kejohanan ini selari dengan aspirasi kami untuk menjadi penyedia rangkaian pilihan dalam memenuhi gaya hidup digital para pelanggan kami terutamanya peminat e-sukan tanahair . Ia juga menyediakan generasi muda Malaysia satu platform pemerkasaan di mana mereka boleh meningkatkan kemahiran mereka seterusnya menjadi pemacu kehadiran mereka di dunia permainan video (gaming)”.

Kejohanan e-sukan ini akan turut menyuntik elemen pendidikan sewaktu ketika zon final diadakan dengan menampilkan pameran kerjaya, booth pendidikan, sesi perkongsian dan diskusi bersama pemain-pemain industri, food truck, tarian kecergasan dan banyak lagi. Para pelajar yang berminat dengan e-sukan dan industri permainan boleh menyertai segala aktviti ini dan merebut peluang yang luas sepanjang kejohanan ini berlangsung. Satu lagi elemen KEK yang cukup menarik adalah cabaran XPAX Hackathon di mana para pelajar diberi peluang membentangkan idea bernas mereka kepada penganjur dan hadiah ekslusif dari XPAX menanti pemenang. Buat masa ini, KEK dijadualkan berlangsung di beberapa universiti utama termasuklah Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Jadual KEK adalah seperti berikut :

ZON                             NEGERI

SELATAN                     NEGERI SEMBILAN, MELAKA & JOHOR

TENGAH                      KUALA LUMPUR, SELANGOR & PUTRAJAYA

UTARA                         PERAK, PENANG, PERLIS & KEDAH

PANTAI TIMUR          PAHANG, TERENGGANU, KELANTAN

BORNEO                      SABAH & SARAWAK

GRAND FINALE – LEMBAH KLANG

Para pelajar yang berminat untuk menyertai kejohanan ini boleh mula mendaftar mulai Februari ini serta mengetahui lebih lanjut mengenai KEK dengan melayari www.mygameon.my dan juga halaman Facebook rasmi MyGameOn.

KEK dibawakan eksklusif kepada anda oleh XPAX.

Pertanyaan Media:

Dhiya Aizat               

Lead, Communications, Media Prima Digital

dhiya.aizat@mediaprima.com.my

Tentang MyGameOn

Media Prima Labs launches its gaming portal, MyGameOn that provides news, reviews and events for games, featuring both local and international content. MyGameOn is built to serve as a comprehensive local game news portal that focuses on relevant game content to Malaysian audience. MyGameOn targets urban and sub-urban customers ranging from 12 to 25 years old who love gaming or stays up-to-date on the latest trend or news related to games and game tournament. MyGameOn is the one stop centre to all game lovers out there

Tentang XPAX

XPAX is Celcom Axiata Berhad’s youth brand with almost 7 million prepaid subscribers. A brand that enables youths to be who they want to be, XPAX offers the best value and unbeatable non-stop internet experience. With XPAX, customers can enjoy more internet, simplified add-ons and more.