Media Prima Digital dan REV Asia Kini Dikenali Sebagai REV Media Group!
Bandar Utama, 29 Julai 2020 – Media Prima Digital & REV Asia telah melancarkan nama baharu mereka, REV Media Group sebagai sebahagian dari inisiatif penjenamaan semula korporat untuk memperkasakan lagi fungsi dan proses perniagaan. Kumpulan ini akan berpusat di Sri Pentas, Bandar Utama.
Visi dan misi baharu REV Media Group adalah untuk menjadi Syarikat Digital Media Malaysia #1 dari segi jangkauan, pengekalan & pendapatan dan untuk mencapai matlamat berteraskan keutamaan kepada pelanggan secara kolaboratif dan telus. Dengan penjenamaan baharu ini diharapkan dapat memberi lebih kejelasan dan sinergi yang baik agar dapat terus memberikan penyelesaian terbaik kepada para pelanggannya.
REV Media Group mewakili lebih 30 jenama terbaik merangkumi pelbagai bahasa dan platform seperti SAYS, OHBULAN!, Viralcham, NST Online, My Metro, BH Online, Mashable SEA dan IGN SEA. Rangkaiannya yang luas menjangkau lebih 15 juta orang setiap bulan, sekitar 75% dari jumlah keseluruhan populasi internet di Malaysia.
Terdahulu, Media Prima Digital memperoleh REV Asia Holdings pada 2017 untuk memberi tumpuan kepada pengembangan kandungan digital dan platform media digital, mengukuhkan kedudukan Media Prima sebagai penerbit digital terkemuka di Malaysia.
Rafiq Razali, Ketua Pegawai Eksekutif REV Media Group berkata, “Ini adalah detik bersejarah buat kami kerana secara rasminya telah menandakan penyatuan dua organisasi media digital utama. Saya yakin dan percaya bahawa jenama baru ini akan mendorong kami untuk pergi lebih jauh dan membantu mengukuhkan kedudukan kami sebagai penerbit digital terbaik di Malaysia”.
Sementara itu, Sam Wee, Pengarah Operasi Perniagaan berkata, “Kami amat teruja kini dapat bekerjasama dengan semua orang di REV Media Group, berkongsi visi dan matlamat yang sama dan saya yakin bahawa transformasi ini akan menjadikan kami lebih baik sebagai satu pasukan”.
Pelbagai berita lebih menarik akan diumumkan tidak lama lagi. Untuk maklumat lanjut mengenai REV Media Group, log masuk ke www.revmedia.my
-TAMAT-
Media Contact:
Muhammad Faisal (Petch)
Communications, REV Media Group
faisal.noor@mediaprima.com.my | 0176283626
About REV Media Group
REV Media Group is the leading digital publisher in Malaysia, representing over 30 top authority brands with an extensive distribution network that reaches out to more than 15 million people each month, about 75% of Malaysia’s internet population.
At REV Media Group, we believe in harnessing the power of data and technology to deliver engaging content that matters the most to our audience across multiple languages and platforms comprising News, Entertainment, Lifestyle, Technology and more.
Leveraging on our comprehensive platform and reach, we strive to elevate brands to greater heights through influential, data-driven digital marketing solutions and exceptional content aimed at winning the hearts of consumers.