Permainan digital Mak Cun’s Adventure tarik peminat serantau, catat perkembangan membanggakan
Petaling Jaya, 2 Julai 2018 – Permainan digital Mak Cun’s Adventure terus mencipta kejayaan baharu apabila aplikasi tersebut sudah pun meraih 250,000 jumlah muat turun sehingga ke hari ini!
Aplikasi permainan mudah alih, Mak Cun’s Adventure yang dibangunkan oleh Media Prima Labs telah dilancarkan hujung Mei lalu mula mencipta sejarah tersendiri apabila mendapat 100,000 muat turun dalam hanya tempoh 10 hari ia menemui pengguna aplikasi tersebut.
Lebih membanggakan, jumlah muat turun itu semakin bertambah sehingga ke hari ini menandakan penerimaan yang sangat baik oleh pengguna aplikasi tersebut. Tambah menarik lagi, permainan yang diinspirasikan daripada siri drama popular Mak Cun ini turut mendapat perhatian pengguna peranti mudah alih di Singapura, Brunei dan Indonesia.
Usaha demi usaha dilakukan Media Prima Labs untuk terus menambah baik kandungan permainan digital ini. Berita menarik buat semua pemain Mak Cun’s Adventure! Selain penyediaan makanan di warung Mak Cun, terkini, Mak Cun’s Adventure memperkenalkan tahap baru iaitu butik Mak Cun!
Sama seperti warung Mak Cun, butik Mak Cun menyajikan 30 tahap keseronokan di mana pemain perlu melayan para pelanggan yang berminat untuk membeli baju, aksesori dan barangan kosmetik di butik dan memastikan kesemua produk diberikan kepada pelanggan yang betul. Menerapkan elemen budaya tempatan sama seperti warung Mak Cun, antara barangan yang diboleh dibeli pelanggan di butik Mak Cun termasuklah Baju Kurung dan kasut tinggi.
Atas sambutan yang sangat menggalakkan, pihak Media Prima Labs sedang berusaha untuk memperkenalkan lagi 30 tahap memasak baru pada bulan hadapan yang bakal menjanjikan lebih kepuasan dan cabaran buat para pemain khususnya mereka yang ‘melekat’ di warung Mak Cun.
Selain itu, pemain-pemain Mak Cun’s Adventure juga boleh membuat pembelian dalam aplikasi untuk membeli coins dan juga gems bagi membolehkan mereka bermain dalam tahap seterusnya serta menaiktaraf fungsi yang ada dalam permainan ini.
Rasai sendiri keseronokan permainan digital Mak Cun’s Adventure sekarang! Anda boleh muat turun permainan mudah alih ini secara percuma di Google Play Store dan juga Apple App Store.
PERTANYAAN MEDIA:
Dhiya Aizat
Lead, Communications, Media Prima Digital
Muhammad Faisal (Petch)
Executive, Communications, Media Prima Digital
Mengenai Media Prima Labs
With the increasing demand for mobile application & games, Media Prima Group has taken the step forward to champion the development within the industry, hence the establishment of Media Prima Labs (MP Labs). MP Labs has to-date primarily leveraged and successfully developed products based on the Group’s unique intellectual properties, such as Jalan-Jalan Cari Makan, Harian Metro Mountain Bike Grand Prix, Ejen Ali and more. Aside from developing mobile products for the Group, MP Labs also welcomes external ideas. To date, MP Labs has successfully developed 13 mobile apps & games and introduced MyGameOn, Malaysia’s gaming news and content portal.