Petaling Jaya, 15 Ogos 2022 – REV Media Group (RMG) melalui saluran gaming MyGameOn (MGO), dengan bangganya membawakan kepada anda Squad Up Arena, evolusi terbaru dalam siri kejohanan e-sukan Squad Up khusus buat para gamers di luar sana!
Terdahulu, RMG dan Facebook Gaming telah berganding bahu menganjurkan Squad Up: Athena, sebuah kejohanan e-sukan yang memperjuangkan pemain wanita di seluruh Asia Tenggara, menyaksikan sebanyak 24 penyertaan pasukan Mobile Legends: Bang Bang.
Kali ini bertemakan #IniGameKami, Squad Up Arena bertujuan untuk memberi tumpuan kepada seluruh komuniti permainan video bagi merancakkan kemajuan e-sukan di Malaysia, dan MGO dengan bangganya mempersembahkan Kejohanan Terbuka Squad Up Arena x VALORANT!
Adrian Lai, Ketua Kandungan Permainan RMG
Ketua Kandungan Permainan RMG, Adrian Lai berkata, ‘Seperti yang dijanjikan, kami kembali lagi dengan Squad Up, dan kami sedia maklum ramai peminat kami yang mahukan sebuah kejohanan untuk VALORANT, salah satu permainan penembak kompetitif paling popular di dunia hari ini. Kami sangat teruja untuk menganjurkannya dan berharap dapat menyaksikan persaingan yang sihat di antara para pemain dalam usaha mereka untuk memenangi sebahagian dari hadiah wang terkumpul bernilai RM5,000.
“Kami berhasrat untuk membawa e-sukan Malaysia ke tahap yang lebih tinggi dan kemenangan Malaysia merangkul emas dalam Kejohanan E-sukan Komanwel (CEC) baru-baru ini telah membuktikan kemampuan negara kita.
“Dengan inisiatif ini, kami berharap dapat menemukan lebih ramai bakat baru bertaraf dunia seterusnya dapat membuka jalan kepada mereka untuk bersaing di pentas dunia pada suatu hari nanti,” tambahnya.
VALORANT adalah permainan video free-to-play first-person hero shooter dibangunkan dan diterbitkan oleh Riot Games.
Kejohanan Terbuka Squad Up Arena x VALORANT merupakan salah satu kejohanan terbuka e-sukan VALORANT yang diadakan di Malaysia. Peringkat kumpulan akan bermula pada 15 hingga 17 Ogos 2022 dan 8 pasukan yang terbaik akan berentap di pusingan akhir yang akan disiarkan secara langsung pada 27 dan 28 Ogos 2022 di laman rasmi media sosial MyGameOn (Facebook, YouTube dan TikTok).
Para pemain akan berentap untuk merebut hadiah terkumpul bernilai RM5,000 dan penyertaan terbuka kepada seluruh warga Malaysia berumur 13 tahun dan ke atas.
Bersedia di hadapan mana-mana peranti kegemaran anda, relaks dan nikmati setiap perlawanan!
Dapatkan maklumat lanjut berkenaan Kejohanan Terbuka Squad Up Arena x VALORANT di https://sua.mygameon.my/.
Mengenai Squad Up: Athena
Terbuka kepada: | 13 tahun dan ke atas |
Hadiah terkumpul: | RM5,000 |
Permainan: | VALORANT |
Penganjur: | MyGameOn (REV Media Group) |
Saluran Livestream: | Facebook MyGameOn:https://www.facebook.com/mygameondotmy
YouTube MyGameOn: https://www.youtube.com/c/MyGameOnMalaysia TikTok MyGameOn: https://www.tiktok.com/@mygameondotmy |
Laman web: | https://sua.mygameon.my/ |
*Tarikh-tarikh penting:
15-17 Ogos 2022 | Peringkat Kumpulan |
27 Ogos 2022 | Suku Akhir & Separuh Akhir 1 |
28 Ogos 2022 | Separuh Akhir 2 & Akhir |
Mengenai REV Media Group
REV Media Group adalah penerbit digital terkemuka di Malaysia, mewakili lebih 35 jenama terbaik dengan rangkaian yang luas menjangkau lebih 15 juta orang setiap bulan, sekitar 80% dari jumlah keseluruhan populasi internet di Malaysia. Di REV Media Group, kami percaya dengan pemanfaatan kekuatan teknologi dan data untuk menyampaikan kandungan menarik buat audiens kami dari pelbagai platform dan bahasa terdiri daripada Berita, Hiburan, Gaya Hidup, Teknologi dan banyak lagi. Dengan memanfaatkan jangkauan dan platform kami yang komprehensif, kami berusaha untuk membawa jenama-jenama ke tahap yang lebih baik melalui penyelesaian pemasaran digital berdasarkan data yang berpengaruh dan kandungan luar biasa khusus untuk memberi yang terbaik buat para pengguna kami.
Mengenai MyGameOn
MyGameOn memfokuskan pada permainan dan e-sukan yang dimainkan oleh pemain tempatan. MyGameOn turut menyediakan liputan berita berkenaan acara e-sukan, ulasan permainan, temubual bersama pemain e-sukan, rakan kongsi media dan banyak lagi. Pastikan anda terus bersama MyGameOn untuk berita terkini dan rebut lebih banyak peluang.
Dengan kerjasama badan-badan kerajaan seperti Kementerian Belia & Sukan (KBS), Majlis Sukan Negara (MSN), dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), MyGameOn berusaha dalam memastikan industri e-sukan dan permainan akan lebih berkembang, selain membina dan merapatkan hubungan sesama pemain, daripada pemain kasual kepada jenama korporat.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Unit Komunikasi REV Media Group: Petch (faisal.noor@revmedia.my) | Ayunie (sitiayuni@revmedia.my) |