Petaling Jaya, 22 November 2021 – Trio berusia 15 tahun dari Kedah dinobatkan sebagai pemenang sulung Kejohanan Ejen Ali Agents’ Arena 2021 yang diadakan pada minggu lepas. Ejen Ali Agents’ Arena yang merupakan siri terbaharu dari rangkaian permainan mudah alih Ejen Ali dan permainan MOBA mudah alih pertama negara telah mengadakan kejohanan sulungnya pada hujung minggu lalu bersempena dengan Festival Kreativiti Digital Malaysia (MYDCF) oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) menawarkan hadiah terkumpul RM10,000. Disaksikan oleh ratusan ribu penonton di saluran YouTube Ejen Ali dan TikTok MyGameOn, kejohanan sulung Ejen Ali Agents’ Arena dimenangi oleh Rusuh Gank, sebuah pasukan yang terdiri daripada tiga remaja berusia 15 tahun dari Kedah yang membawa pulang hadiah utama RM5,000.

Pasukan berbakat ini terdiri daripada Megat Ahmad Muizzuddin Megat Ismail Bashir juga dikenali sebagai muzOP yang bertindak sebagai kapten pasukan, bersama rakan sepasukan Muhammad Shafi bin Soffian atau Kazuya dan Muhammad Syamil Mohamad Sayuthi atau Wannnnchuk.

Ketua Rangkaian Permainan REV Media Group, Adrian Lai berkata, “Kejohanan Ejen Ali Agents’ Arena yang pertama kali diadakan adalah satu kejayaan dan telah melangkaui semua jangkaan. Tahniah kepada semua pemenang!

“Slot pendaftaran telah diisi hanya dalam beberapa hari, menandakan minat masyarakat yang kuat terhadap permainan ini serta potensinya sebagai tajuk e-sukan mudah alih yang terulung. Jumlah penonton strim langsung kejohanan yang menggalakkan ini juga menunjukkan bahawa permainan ini bersedia untuk menarik lebih ramai pemain ke dunia Ejen Ali.”

Pengarah Kandungan Kreatif Digital MDEC, Mohan Low berkata, “Matlamat kami tetap kekal ke arah menjadikan Malaysia sebagai hab kandungan digital dan permainan serantau. Sejajar dengan itu adalah untuk kami menonjolkan, mengiktiraf dan menyokong bakat dan IP Malaysia yang sangat berpotensi besar.

Ejen Ali: Agents’ Arena adalah sebuah permainan yang sangat berpotensi untuk mencapai tahap yang lebih tinggi. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua pemenang dan REV Media Group atas kejayaan pengelolaan acara yang berjaya ini“, tambahnya lagi.

Rusuh Gank mendominasi seluruh kejohanan, sebelum muncul juara dengan menewaskan Pasukan Toska dengan kemenangan 3-0 pada perlawanan akhir.

muzOP mempamerkan kehebatannya dengan menggunakan karakter Khai manakala Kazuya pula menunjukkan kehebatannya menggunakan Ejen Ali. Wannnnchuk pula melengkapi pasukan dengan penggunaan karakter Alicia.

Jangan lupa untuk mencuba Ejen Ali: Agents’ Arena sendiri! Muat turun Ejen Ali: Agents’ Arena di Google Play Store dan Apple App Store sekarang.

-TAMAT

Media Contact:
Muhammad Faisal (Petch)
Communications, REV Media Group
faisal.noor@revmedia.my

Mengenai REV Media Group
REV Media Group adalah penerbit digital terkemuka di Malaysia, mewakili lebih 30 jenama terbaik dengan rangkaian yang luas menjangkau lebih 15 juta orang setiap bulan, sekitar 75% dari jumlah keseluruhan populasi internet di Malaysia. Di REV Media Group, kami percaya dengan pemanfaatan kekuatan teknologi dan data untuk menyampaikan kandungan menarik buat audiens kami dari pelbagai platform dan bahasa terdiri daripada Berita, Hiburan, Gaya Hidup, Teknologi dan banyak lagi. Dengan memanfaatkan jangkauan dan platform kami yang komprehensif, kami berusaha untuk membawa jenama-jenama ke tahap yang lebih baik melalui penyelesaian pemasaran digital berdasarkan data yang berpengaruh dan kandungan luar biasa khusus untuk memberi yang terbaik buat para pengguna kami.

Mengenai Ejen Ali

EJEN ALI mengisahkan mengenai seorang budak lelaki bernama Ali yang secara tidak sengaja terlibat dengan alat perisik, Infinity Retinal Intelligence System (IRIS), milik agensi pengintipan, Meta Advance Tactical Agency (MATA). Akibat mengetahui terlalu banyak akan rahsia MATA, Ali direkrut sebagai ejen rahsia. Siri animasi EJEN ALI mula disiarkan di TV3 pada tahun 2016 dan sepanjang siarannya ke udara, sini ini juga turut disiarkan di lebih 50 negara di Asia Tenggara, Timur Tengah, Afrika Utara, benua India dan Amerika Utara. Siri animasi dan filem ini juga kini tersedia di platform penstriman Disney+ Hotstar dan Netflix. Populariti siri EJEN ALI ini juga telah menyakinkan pihak produksi menghasilkan tiga permainan bagi alatan mudah alih yang telah meraih lebih dari 3.7 muat turun sehingga kini menerusi aplikasi di Apple App Store dan Google Play Store. Kejayaan siri ini seterusnya direalisasikan oleh kutipan pecah panggung melalui filem EJEN ALI THE MOVIE yang dilancarkan pada November 2019, telah meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM30 juta (USD8 juta) di layar perak dan platform on-demand di Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia, menjadikannya filem animasi terlaris di Malaysia.

Mengenai Ejen Ali: Agents’ Arena

● Permainan mudah alih di arena pertempuran yang menggunakan mod ‘multiplayer’ di mana
● pemain dapat mengawal watak kegemaran dalam satu pasukan yang mempunyai tiga pemain lain untuk bersaing dengan lawan atau bot AI
● Objektif permainan mudah alih ini adalah menawan tiga zon utama dan menentang pihak lawan
● Pihak yang mendapat 100 mata di kira pemenang.
● Muat turun sekarang Ejen Ali: Agents’ Arena di Google Playstore dan Apple App Store