Yoodo dan MyGameOn menganjurkan Kejohanan E-sukan Kampus peringkat kebangsaan dengan hadiah keseluruhan berjumlah RM150,000

Kuala Lumpur, 4 Jun  2020  Yoodo, perkhidmatan mudah alih ubah suai sepenuhnya dan 100% digital pertama di Malaysia, telah mengumumkan kegemilangan gaming terbaik kampus di seluruh Malaysia telah kembali dengan pelancaran Kejohanan E-Sukan Kampus (KEK) Semester 3 Yoodo (Yoodo KEK3).

Bergandingan bersama MyGameOn,  Yoodo kembali membawakan kejohanan epik KEK untuk musim yang ketiga. Yoodo KEK3  akan menyediakan ‘gelanggang pertempuran’ buat  beribu-ribu pelajar kolej dan Universiti untuk bertempur seterusnya mengejar kemenangan dan meraih sebahagian daripada jumlah hadiah keseluruhan – RM150, 000.

“KEK merupakan kejohanan e-sukan utama bagi peringkat kampus di Malaysia dengan 125,000 pengunjung dan lebih daripada 5 juta tontonan langsung sejak dilancarkan. Yoodo amat teruja untuk mengambil alih dan membawakan kepada anda KEK semester ke-3 yang lebih menarik,” komen Chow Tuck Mun, Ketua Yoodo.

Semester ini, para atlet akan bersilang pedang dalam permainan popular Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) dan melambung bom tangan dalam Call of Duty:  Mobile (CODM). Sedikit kelainan kerana COVID-19 dan mematuhi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), Yoodo  KEK3  akan dilaksanakan sepenuhnya secara dalam talian bagi mengutamakan kesihatan dan keselamatan para atlet.

Selain itu, Yoodo KEK3 turut memperkenalkan Platform Komuniti KEK untuk menyokong pergerakan digital sepenuhnya ini. Platform ini berfungsi sebagai pusat sehenti maya untuk kejohanan ini dengan statistik, keputusan, pecahan pasukan dan banyak lagi.

Mengulas lanjut mengenai pengumuman Yoodo  KEK3, Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Digital, Rafiq Razali,  berkata, “Kami amat menghargai sokongan dan sambutan yang luar biasa terhadap 2 edisi KEK yang lalu. Di Media Prima, kami sentiasa berusaha menyediakan platform dan peluang untuk bakat-bakat baharu dan belia dalam usaha mengejar impian dan matlamat mereka. Kali ini dengan Yoodo, kami yakin Yoodo  KEK3 akan menjadi lebih baik.”

Yoodo KEK3 akan bermula pada 6 Jun dan menampilkan 5 pusingan kelayakan zon serantau dan satu pusingan akhir dalam talian. Bagi mereka yang telah menang di zon kelayakan, pertempuran mereka akan diteruskan untuk merebut kemenangan di peringkat akhir pada 18 dan 19 Julai ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Berhad, Idham Nawawi turut menambah, “Sebagai perintis e-sukan tempatan, Celcom berbesar hati untuk meneruskan komitmennya melalui Yoodo untuk menguatkan lagi Yoodo KEK3 dengan keupayaan rangkaian dan digital kami”.

Katanya lagi, “Bilangan pengguna yang mengutamakan urusan secara digital semakin meningkat dan Yoodo adalah jawapan Celcom untuk memenuhi kehendak itu. Melalui Yoodo, Celcom akan terus melaksanakan usaha dalam memuaskan hati peminat-peminat e-sukan dan juga gaya hidup digital pelanggan kami”.

Yoodo yang dikuasakan oleh Celcom, telah menetapkan dirinya sebagai Telco pilihan untuk para pemain dengan menganjur dan menaja pelbagai kejohanan e-sukan dalam tempoh 2 tahun kebelakangan ini dan memperkenalkan pelbagai pelan data tambahan untuk membantu pemain bermain tanpa rasa bimbang.

Kini pemain boleh  bermain  sepanjang hari  dengan pelan data tambahan Call of Duty Mobile  yang memberikan pengguna 20GB data khusus untuk game dengan hanya RM5 sebulan. Pelan yang serupa untuk Mobile Legends: Bang Bang sedang dalam pemprosesan dan akan diumumkan tidak lama lagi.

Pendaftaran untuk KEK3 kini dibuka dengan tarikh tutup seminggu sebelum kelayakan dalam talian di wilayah masing-masing. Untuk mendaftar sila layari : https://komuniti.mygameon.my/Register.

Untuk menyaksikan aksi yang mendebarkan daripada pusingan kelayakan zon, layari laman Yoodo Esports, www.Facebook.com/yoodoesports  atau di media sosial Facebook MyGameOn,  www.Facebook.com/mygameondotmy .

Untuk maklumat lanjut boleh layari laman sesawang www.yoodo.com.my atau ikuti @yoodoMY di Facebook, Instagram dan Twitter.

– TAMAT-

Mengenai Yoodo

Dilancarkan pada Januari 2018, Yoodo merupakan perkhidmatan mudah alih digital bebas yang dimiliki dan dikendalikan oleh Celcom Axiata Berhad. Ia menawarkan perkhidmatan mudah alih pertama di negara ini yang benar-benar boleh disesuaikan dengan kehendak pelanggan.

Untuk maklumat lanjut mengenai Yoodo, layari yoodo.com.my atau cari yoodoMY di Facebook, Instagram, YouTube dan Twitter.

Mengenai MyGameOn

MyGameOn memberi tumpuan kepada permainan dan esukan dengan sentuhan tempatan. Dari liputan acara, ulasan permainan, wawancara pemain, perkongsian media dan banyak lagi! Jika anda mempunyai acara dan mahu Malaysia mengetahuinya, beritahu kami!

Bekerja dengan badan kerajaan seperti Kementerian Belia & Sukan (KBS), Majlis Sukan Negara (MSN), dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), MyGameOn berusaha untuk mengembangkan esukan dan permainan dalam talian, dan untuk merapatkan komuniti pemain dalam talian, daripada pemain kasual kepada jenama korporat.

Untuk pertanyaan media, sila hubungi:

Dave Prem (+6010-366-1216)
dave@truth.my

Charu (+6017-299-8615)
charu@truth.my

Jessica Poon
Eksekutif, Komunikasi, Media Prima Digital
jessicapoon@mediaprima.com.my