Petaling Jaya, 15 November 2021 – Menjelang pilihan raya negeri (PRN) Melaka yang akan datang, kini rakyat Malaysia boleh mengikuti dan mendapatkan segala info dan perkembangan terkini pilihan raya itu melalui portal myundi di www.myundi.com.my.

Portal sehenti pilihan raya myundi telah dilancarkan oleh REV Media Group pada pilihan raya 2018 yang lalu menyalurkan berita-berita semasa dan maklumat terkini berkaitan pilihan raya. Myundi kini dengan identiti, konsep dan reka bentuk grafik yang baru selari dengan penambahbaikan keberadaan perniagaan secara dalam talian dan kegunaan web. Melalui myundi juga, anda boleh mencari kisah-kisah terkini pilihan raya, tajuk utama, video, dan lebih banyak perihal berkaitan calon, undian, kempen dan sebagainya.

Antara tarikh penting bagi pilihan raya negeri Melaka adalah:
8 November 2021 – Hari Penamaan Calon
8 – 19 November 2021 – Tempoh Berkempen
16 November 2021 – Hari Pengundian Awal
20 November 2021 – Hari Mengundi

Orang ramai boleh menggunakan myundi sepenuhnya dengan ciri-ciri baru yang lebih moden, optimum dan lebih responsif. Segala maklumat dan informasi adalah dari sumber-sumber yang sahih (memaparkan laporan berita terkini dari akhbar-akhbar terkemuka tempatan; Harian Metro, Berita Harian dan News Straits Times begitu juga laporan dan analisa dari TV3, ntv7, 8TV, dan TV9) dan boleh skala (keputusan undian mengikut masa sebenar).

Selain itu, myundi juga memberi akses kepada siaran langsung 24 jam di samping akses bagi melihat profil calon yang bertanding. Portal myundi merupakan direktori sehenti di mana orang ramai boleh mendapatkan berita, video, infografik yang interaktif dan banyak lagi perihal berkaitan pilihan raya.

PRN Melaka menyaksikan 112 calon layak bertanding mewakili parti-parti politik yang bertanding, serta individu perseorangan.

Kesimpulannya, myundi memberi anda kiraan undi terkini pilihan raya umum dan pilihan raya negeri, keputusan dikemaskini secara langsung dari seluruh Malaysia. Portal berita myundi boleh diakses melalui komputer, telefon pintar dan tablet di www.myundi.com.my di seluruh dunia.

-TAMAT-

Media Contact:
Muhammad Faisal (Petch)
Communications, REV Media Group
faisal.noor@revmedia.my

About REV Media Group
REV Media Group adalah penerbit digital terkemuka di Malaysia, mewakili lebih 30 jenama terbaik dengan rangkaian yang luas menjangkau lebih 15 juta orang setiap bulan, sekitar 75% dari jumlah keseluruhan populasi internet di Malaysia. Di REV Media Group, kami percaya dengan pemanfaatan kekuatan teknologi dan data untuk menyampaikan kandungan menarik buat audiens kami dari pelbagai platform dan bahasa terdiri daripada Berita, Hiburan, Gaya Hidup, Teknologi dan banyak lagi. Dengan memanfaatkan jangkauan dan platform kami yang komprehensif, kami berusaha untuk membawa jenama-jenama ke tahap yang lebih baik melalui penyelesaian pemasaran digital berdasarkan data yang berpengaruh dan kandungan luar biasa khusus untuk memberi  yang terbaik buat para pengguna kami.