myundilogo_Johor

 

Petaling Jaya, 7 Mac 2022 – Usai Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, Melaka dan Sarawak, kini giliran PRN Johor pula menyusul bagi memilih 56 ahli Dewan Undangan Negeri Johor ke-15 selepas pembubaran perhimpunan terdahulu pada 22 Januari 2022. Seperti lazimnya, rakyat Malaysia boleh mengikuti dan mendapatkan segala info dan perkembangan terkini pilihan raya umum Johor ini melalui portal myundi di www.myundi.com.my.

Bermula sejak pilihan raya 2018 lalu, portal sehenti yang telah dilancarkan oleh REV Media Group ini menyalurkan berita-berita semasa, maklumat terkini berkaitan pilihan raya serta keputusan keseluruhan pilihan raya. myundi adalah platform digital semua-dalam-satu yang menyediakan penglibatan interaktif dengan statistik pilihan raya yang tepat.

myundi kini dengan identiti, konsep dan reka bentuk grafik yang baru selari dengan penambahbaikan keberadaan perniagaan secara dalam talian dan kegunaan web. Melalui myundi juga, anda boleh mengetahui berita terkini berkaitan pilihan raya, media sosial, tajuk – tajuk utama, video, dan informasi berkaitan calon, kempen, undian dan lain lain lagi.

myundi - Website Features

Orang ramai boleh menggunakan myundi sepenuhnya dengan ciri-ciri baru yang lebih moden, optimum dan lebih responsif. myundi hanya memberikan maklumat dan informasi yang diperoleh dari sumber-sumber yang sahih (memaparkan laporan berita terkini dari akhbar-akhbar terkemuka tempatan; Berita Harian, Harian Metro, dan New Straits Times juga laporan dan analisa dari TV3, ntv7, 8TV, dan TV9) dan boleh skala (keputusan undian mengikut masa sebenar).

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan 12 Mac ini sebagai hari pengundian bagi PRN Johor. Antara tarikh penting bagi PRN Johor adalah:

25 Februari 2022 – Hari Penamaan Calon
27 Februari 2022 – Tempoh Berkempen
8 Mac 2022 – Hari Pengundian Awal
12 Mac 2022 – Hari Mengundi

PRN Johor ini juga menjadi PRN yang pertama bakal menyaksikan pengundi berumur 18-20 tahun mencabut undi selepas pewartaan pindaan perlembagaan pada 15 Disember 2021.

Melalui myundi anda boleh mengakses siaran langsung secara 24 jam. Portal myundi merupakan direktori sehenti di mana orang ramai boleh mendapatkan berita, video, infografik yang interaktif dan banyak lagi perihal berkaitan pilihan raya.

myundi - Website Features

Kesimpulannya, myundi memberi anda kiraan undi terkini pilihan raya umum dan pilihan raya negeri, keputusan dikemaskini secara langsung dari seluruh Malaysia. Portal berita myundi boleh diakses melalui komputer, telefon pintar dan tablet di www.myundi.com.my di seluruh dunia.

-TAMAT-

Media Contact:
Siti Ayuni Shaharudin
Communications, REV Media Group
sitiayuni@revmedia.my

Mengenai REV Media Group  

REV Media Group adalah penerbit digital terkemuka di Malaysia, mewakili lebih 40 jenama terbaik dengan rangkaian yang luas menjangkau lebih 15 juta orang setiap bulan, sekitar 80% dari jumlah keseluruhan populasi internet di Malaysia. Di REV Media Group, kami percaya dengan pemanfaatan kekuatan teknologi dan data untuk menyampaikan kandungan menarik buat audiens kami dari pelbagai platform dan bahasa terdiri daripada Berita, Hiburan, Gaya Hidup, Teknologi dan banyak lagi. Dengan memanfaatkan jangkauan dan platform kami yang komprehensif, kami berusaha untuk membawa jenama-jenama ke tahap yang lebih baik melalui penyelesaian pemasaran digital berdasarkan data yang berpengaruh dan kandungan luar biasa khusus untuk memberi yang terbaik buat para pengguna kami.