IGN Southeast Asia dan YouTube Bergabung untuk Kejohanan PUBG Mobile – SQUAD UP

 

Kuala Lumpur, 13 Julai 2020 – IGN Southeast Asia (IGN SEA) hari ini mengumumkan kerjasama baru dengan YouTube untuk menganjurkan Kejohanan PUBG Mobile, Squad Up yang juga merupakan kolaborasi sulung antara IGN SEA dan YouTube yang dikuasakan oleh Samsung Galaxy A51 | A71, dan digerakkan oleh McDelivery.

Inisiatif kejohanan ini bukan sahaja untuk mendidik masyarakat tentang cara memulakan ‘streaming’ dengan penyediaan tutorial dan panduan, tetapi juga untuk berkongsi bagaimana organisasi mapan seperti Google dan Media Prima terus kukuh melalui kekuatan e-sukan.

IGN adalah jenama media terkemuka dunia untuk game, filem, hiburan dan budaya peminat. Selain itu juga, IGN merupakan salah satu dari jenama media yang paling maju di dunia, bukan sahaja dalam hiburan, malah dalam apa jua kategori. Profil globalnya (world.ign.com) mewakili peluang unik bagi para pengiklan, menawarkan relevansi bagi kedua-dua skala dan tempatan di setiap pasaran utama di seluruh dunia.

IGN SEA menggunakan formula IGN yang popular untuk audiens tempatan dengan kandungan asli, mewujudkan satu platform unik bagi para jenama untuk berhubung dengan konsumer melalui pengiklanan, tajaan dan pelbagai acara. IGN SEA juga membantu syarikat-syarikat di rantau ini mencapai lebih ramai pelanggan di seluruh dunia, melalui rangkaian global IGN.

Pendaftaran kini dibuka. Caranya begitu mudah. Anda hanya perlu mendaftar untuk menyertai di Google Form yang disediakan.  Pusingan kelayakan akan dijalankan dua minggu lebih awal namun tidak disiarkan. Top 8 dari kelayakan terbuka seterusnya akan mara ke peringkat akhir. Tambahan lagi, 8 pasukan jemputan (Bapak Ah, Resurgence, Bigetron, GeekFam, Last Survivor R2K, Dingoz, Evos VIP, dan WESTAR XPERT) akan bertemu dengan top 8 untuk bertanding memenangi hadiah keseluruhan bernilai RM20,000. Peringkat akhir akan diadakan pada 8 dan 9 Ogos 2020 yang akan disiarkan di laman YouTube TV3 oleh Media Prima. Pasukan yang menang akan membawa pulang wang tunai RM8,000 dan dinobatkan sebagai juara sulung Kejohanan E-sukan YouTube & IGN SEA. 

Pengurus Besar Kumpulan Media Prima Digital, Nicholas Sagau berkata, “Kami sangat teruja untuk bekerjasama dengan YouTube dan ini akan menjadi tiket IGN dalam e-sukan di Asia Tenggara. Ini juga merupakan satu penghormatan untuk mempunyai jenama utama seperti Samsung dan McDonald’s menggunakan e-sukan sebagai cara berhubung dengan audiens mereka.”

“Media Prima Digital sememangnya merupakan rakan kongsi yang luar biasa dalam membentuk dan mengembangkan beberapa saluran YouTube tempatan di negara ini. Di YouTube, Creators adalah sangat penting dan kami sentiasa komited dengan pertumbuhan kandungan tempatan dan premium. Kerjasama kami dengan Media Prima Digital untuk Kejohanan Squad Up! mengukuhkan lagi komitmen itu terutamanya dalam pengembangan ruang Gaming. Saya yakin bahawa kejohanan “Made in Malaysia” ini akan menjadi permulaan bagi lebih banyak lagi seterusnya membina komuniti gaming di Malaysia dan membawa nilai yang lebih besar kepada pengguna-pengguna kami dan para jenama di seluruh YouTube Malaysia”, kata Ben Jern Loh, Ketua YouTube Malaysia.

Selain kerjasama dengan YouTube, ini juga merupakan kerjasama sulung antara IGN SEA dan McDonald’s. Prestasi rangkaian internet mudah alih dan permainan video kini berada di tahap kemuncak dan Samsung yakin bahawa usaha mereka dalam menganjurkan acara ini akan menjadikan permainan video sebuah sukan yang dipandang tinggi. McDonald’s menaja baucar bernilai RM10,000 dan 50 pasukan yang terawal mendaftar akan diberi bengkel eksklusif untuk membangunkan lagi profil YouTube mereka yang dipanggil – Skill Up.

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menonton peringkat akhir Squad Up yang akan disiarkan secara langsung pada 8 dan 9 Ogos ini hanya di laman YouTube TV3. Untuk maklumat lanjut, log masuk ke https://sea.ign.com/

-TAMAT-

Pertanyaan Media:
Muhammad Faisal (Petch)
Communications, Media Prima Digital
faisal.noor@mediaprima.com.my

Jessica Poon
Communications, Media Prima Digital
jessicapoon@mediaprima.com.my

About IGN Southeast Asia

The Southeast Asian edition of IGN was re-launched in August 2019. IGN SEA has two objectives: to report on the video games industry in the region as well as to serve as the go-to site for everything video game and anything remotely geek for fans in Singapore, Malaysia, Indonesia and the Philippines. 

Essentially, IGN SEA is the one-stop centre for video game fans, delivering all relevant and up to date news as well as event coverage. Owned and operated by Media Prima Bhd, with rights from Ziff Davis International, IGN is a part of the powerful network of websites including PCMag.com and AskMen.com.

About YouTube

YouTube is the world’s most popular online video community allowing millions of people to discover, watch and share originally created videos. YouTube provides a forum for people to connect, inform and inspire others across the globe and acts as a distribution platform for original content creators and advertisers large and small. YouTube, LLC is based in San Bruno, Calif., and is a subsidiary of Google Inc.