Pengurus Pengiklanan dikuasakan Kecerdasan Buatan (AI) Pertama di Malaysia

REV Ad Manager poster

Petaling Jaya, 8 Mac 2022: Penerbit digital terkemuka Malaysia, REV Media Group (RMG) telah bergabung tenaga bersama syarikat data dan analisis pengguna, Dattel Asia Group (DAG) dan menjadi penerbit tempatan pertama di Malaysia yang membangunkan platform layan diri yang memperkasakan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dengan pengiklanan berasaskan data.

REV Media Group x Dattel Asia Group & REV Marketing Partner

Kolaborasi ini menawarkan satu penyelesaian unik dalam memperkasakan jenama dan agensi untuk menyasar audiens berdasarkan pandangan pengguna strategik. Platform layan diri ini dikuasakan oleh AI untuk menyasar audiens dengan lebih baik, dikenali sebagai REV Ad Manager (RAM), membolehkan PKS memanfaatkan data dari platform untuk membuat keputusan pemasaran yang baik.

RAM bertindak sebagai titik permulaan untuk menjalankan kempen pengiklanan dan mencapai audiens ideal untuk PKS menperkembangkan perniagaan mereka. Dalam erti kata lain, RAM merupakan alat yang membolehkan anda mengenal pasti pelanggan, membuat iklan dan seterusnya menguruskan mereka dengan lebih mudah.

Gandingan kedua syarikat ini juga turut memberi peluang kepada PKS untuk memanfaatkan 15.8 juta pelawat unik pada rangkaian audiens RMG, mencapai 80% rakyat Malaysia setiap bulan dan kadar istimewa serendah RM1,000 dengan jaminan 100,000 capaian audiens.

Apakah manfaatnya kepada PKS? Kebiasaannya PKS tidak mempunyai akses kepada data pasaran dan mereka hanya meneka secara rambang siapakah potensi pasaran sasaran mereka. Kini, mereka boleh mengenal pasti target pasaran dan memastikan perbelanjaan periklanan mereka memberikan pulangan pelaburan yang terbaik.

Di samping itu, kadar istimewa ini direka untuk memastikan bahawa sebagai sebahagian daripada proses pemulihan ekonomi, PKS mempunyai lebih banyak pilihan mampu milik untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka.

Ashran Ghazi - CEO, Dattel Asia Group

Ketua Pegawai Eksekutif DAG, Ashran Dato Ghazi berkata, “Menyasarkan audiens yang tepat adalah penting dalam mana-mana aspek perniagaan. Kami mahu membantu dan memperkasakan PKS dengan data dan yang paling penting dapat membuahkan hasil”.

Tambahnya lagi, bukan sahaja PKS mempunyai lebih banyak pilihan mampu milik untuk berbuat demikian, tetapi juga mendapat peluang untuk memanfaatkan rangkaian pelawat unik mudah alih terbesar di Malaysia!

Samuel Wee - CEO, REV Media Group

Ketua Pegawai Eksekutif RMG, Samuel Wee berkata, “Berlalu sudah hari di mana pemilik perniagaan PKS dan agensi perlu memperoleh data secara tradisional dan mencipta persona untuk memadankan sasaran audiens mereka”.

“Enjin pengesyoran berkuasa AI kami akan mengesyorkan aset media terbaik yang lebih optimum untuk audiens pasaran anda yang akan memudahkan agensi dan jenama”, tambahnya.

Salah satu ciri unik yang dicipta dari kerjasama ini ialah menggunakan audiens pasaran untuk mencipta berbilang persona bagi jenama termasuk memanfaatkan 28 Tingkah Laku Archetypes dan 12 Ciri Nilai Pengguna.

RAM menawarkan kepada mana-mana agensi yang berminat untuk memohon dan menjadi REV Marketing Partners. Pemohon yang berminat boleh memohon di sini – https://www.dattel.asia/rev-marketing-partner-registration/. Bagi jenama PKS, manfaatkan peluang ini sepenuhnya dengan bekerjasama dengan REV Marketing Partners kami.

Kami telah memperakui dan melantik sekumpulan agensi sebagai REV Marketing Partners yang akan membantu PKS dalam perjalanan pengiklanan mereka. REV Marketing Partners kami termasuk Zen Communications, BookAD, BrandGeeks, Commerce.Asia, DreamTalents Media, Orion Digital, Phar Partnerships, MedADS, Pixelsy Solutions, FourSeven Media dan Messe Worldwide.

Hubungi REV Marketing Partners untuk kempen pemasaran yang diperibadikan, menyasarkan laman web premium Malaysia dan yang paling penting menyokong ekosistem tempatan. Layari https://www.dattel.asia/our-rev-marketing-partners/.

-TAMAT-

Media Contact:
Muhammad Faisal (Petch)
Communications, REV Media Group
faisal.noor@revmedia.my

Siti Ayuni Shaharudin
Communications, REV Media Group
sitiayuni@revmedia.my

Mengenai REV Media Group

REV Media Group adalah penerbit digital terkemuka di Malaysia, mewakili lebih 30 jenama terbaik dengan rangkaian yang luas menjangkau lebih 15 juta orang setiap bulan, sekitar 80% dari jumlah keseluruhan populasi internet di Malaysia. Di REV Media Group, kami percaya dengan pemanfaatan kekuatan teknologi dan data untuk menyampaikan kandungan menarik buat audiens kami dari pelbagai platform dan bahasa terdiri daripada Berita, Hiburan, Gaya Hidup, Teknologi dan banyak lagi. Dengan memanfaatkan jangkauan dan platform kami yang komprehensif, kami berusaha untuk membawa jenama-jenama ke tahap yang lebih baik melalui penyelesaian pemasaran digital berdasarkan data yang berpengaruh dan kandungan luar biasa khusus untuk memberi yang terbaik buat para pengguna kami.

Mengenai Dattel Asia Group

Dattel Asia Group merupakan sebuah syarikat data dan analisis pengguna. Kami menumpukan kepada Kepenggunaan, Media, dan Penyelesaian analitik E-Dagang dalam membantu pertumbuhan pengguna. Beribu pejabat di Malaysia, kami juga beroperasi di Thailand dan Indonesia. Kami cuba untuk memahami pengguna dan pelanggan dari Strategi sehingga Taktikal. Set data pengguna dan model segmentasi Kecerdasan Buatan membolehkan kajian yang mendalam dan kaya untuk mendahului pesaing, meningkatkan jualan dan mengurangkan kos pemerolehan. Layari www.dattel.asia