SU-Athena_logo

Squad Up: Athena menyaksikan persaingan sengit dari Malaysia, Indonesia dan Filipina

Petaling Jaya, 19 Januari 2022: Kejohanan e-sukan pertama yang memperjuangkan pemain wanita di seluruh Asia Tenggara menyaksikan persaingan sengit dari Malaysia, Indonesia dan Filipina telah berakhir dengan pasukan Cilor merangkul gelaran juara pada Sabtu lalu.

Beraksi menentang rakan sepasukan Indonesia, Volt Archery, pasukan Cilor yang dianggotai oleh Claudya (IGN: Pixie), Gabrielle Nadya Kusuma (IGN: Elle), Destria Chinca Dewi (IGN: Chinchaaw), Alvarocky Hartanto (IGN: Dreee X Aresss) Juan Ozora (IGN: Junjun tomlol), dan Vivien (IGN: Pienberry>.<) menunjukkan kehebatan mereka dalam permainan mudah alih popular Mobile Legends: Bang Bang dan menang 3-0 pada pusingan akhir serta membawa pulang hadiah wang tunai utama RM18,900.

Bracket Squad Up Athena International

Volt Archery yang menduduki tempat kedua memenangi RM10,500 dan Bren Victress dari Filipina di tempat ketiga dan membawa pulang RM7,140. Cibi Cibi Chan mendapat tempat keempat dan memenangi RM5,460.

Terdahulu, lapan pasukan dari tiga negara berjaya menjuarai kejohanan kebangsaan masing-masing. Pasukan tersebut, Karra (MY), On Air Pipols (MY), Cilor (IND), Volt Archery (IND), Cibi Cibi Chann (IND), Bren Victress (PH), Project-Evo FE (PH), dan DDE x Risk Velkhana (PH), telah bersaing untuk memenangi sebahagian dari hadiah wang terkumpul RM42,000.

Dianjurkan oleh REV Media Group (RMG) melalui Gaming Network IGN Southeast Asia (IGN SEA), dengan kerjasama Facebook Gaming, Squad Up: Athena telah dihoskan oleh shoutcasters wanita, Lizara Gaming dan Mon Chelle, yang juga bertindak sebagai penganalisis perlawanan.

CASTER

Ketua Rangkaian Permainan RMG, Adrian Lai berkata, “Kami begitu teruja dengan hasil daripada kejohanan itu dan kami berharap sesiapa yang menonton perlawanan itu merasakan perkara yang sama. Setiap pasukan menunjukkan semangat mereka dan kemahiran mereka setanding dengan pasukan profesional.

“Bagi pihak pasukan produksi, saya ingin mengucapkan tahniah kepada pasukan Cilor dari Indonesia kerana memenangi kejuaraan Squad Up: Athena buat julung kalinya. Kami berharap untuk mengadakan lebih banyak kejohanan seperti ini pada masa hadapan. E-sukan adalah untuk semua orang, tidak kira umur dan jantina, dan itulah keindahannya”, tambahnya.

Dapatkan maklumat lanjut tentang Squad Up: Athena atau sebarang hal berkaitan permainan di https://sea.ign.com/. Game on! *Nantikan juga Squad Up: edisi Terbuka dan Merdeka akan datang tidak lama lagi!

-TAMAT-

Media Contact:
Muhammad Faisal (Petch)
Communications, REV Media Group
faisal.noor@revmedia.my 

 

Mengenai REV Media Group

REV Media Group adalah penerbit digital terkemuka di Malaysia, mewakili lebih 30 jenama terbaik dengan rangkaian yang luas menjangkau lebih 15 juta orang setiap bulan, sekitar 75% dari jumlah keseluruhan populasi internet di Malaysia.Di REV Media Group, kami percaya dengan pemanfaatan kekuatan teknologi dan data untuk menyampaikan kandungan menarik buat audiens kami dari pelbagai platform dan bahasa terdiri daripada Berita, Hiburan, Gaya Hidup, Teknologi dan banyak lagi.Dengan memanfaatkan jangkauan dan platform kami yang komprehensif, kami berusaha untuk membawa jenama-jenama ke tahap yang lebih baik melalui penyelesaian pemasaran digital berdasarkan data  yang berpengaruh dan kandungan luar biasa khusus untuk memberi yang terbaik buat para pengguna kami.

Mengenai MyGameOn

MyGameOn tertumpu kepada permainan video dan e-sukan dengan sentuhan tempatan. Perkhidmatannya termasuk liputan acara, ulasan permainan, temu ramah pemain, perkongsian media dan banyak lagi! Jika anda mempunyai acara yang mahu diketahui Malaysia, hubungi MyGameOn!

Menerusi kerjasama bersama badan-badan kerajaan seperti Kementerian Belia & Sukan (KBS), Majlis Sukan Negara (MSN), dan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), MyGameOn berusaha untuk membangunkan e-sukan dan permainan video, dan menghubungkan komuniti-komuniti permainan video, dari pemain kasual ke jenama-jenama korporat.

About IGN Southeast Asia

The Southeast Asian edition of IGN was relaunched in August 2019. IGN SEA has two objectives: to report on the video games industry in the region as well as to serve as the go-to site for everything video game and anything remotely geek for fans in Singapore, Malaysia, Indonesia and the Philippines. 

Since the establishment of IGN SEA, the edition has become a reputable gaming publication in Southeast Asia. You’ll be seeing more cool changes and content additions in the upcoming months as we sacrifice our sleep to produce more quality video content and features as well as expanding our reach to gamers in Southeast Asia. Besides the website and social media platforms, IGN SEA plans to organise gaming events of our own in the near future, so stay tuned! 

Essentially, IGN SEA is the one-stop centre for video game fans, delivering all relevant and up to date news as well as event coverage. Owned and operated by Media Prima Bhd, with rights from Ziff Davis International, IGN is a part of the powerful network of websites including PCMag.com and AskMen.com. Working with us is the right pathway to the right audience.