Bawa pulang biasiswa RM 50,000 tajaan Yoodo

Kuala Lumpur, 21 Julai 2020 – Buat julung-julung kalinya dijalankan sepenuhnya secara dalam talian, siri jelajah bagi mencari pasukan e-sukan institusi pengajian tinggi terbaik di seluruh negara bagi semester ketiga Yoodo Kejohanan E-sukan Kampus (KEK) 2020 (#YoodoKEK) akhirnya melabuhkan tirai dengan menyaksikan kontinjen dari Monash University dan Universiti Teknologi MARA Malaysia (UiTM) kampus Shah Alam diangkat sebagai juara keseluruhan dan membawa pulang biasiswa bernilai RM50,000 sumbangan Yoodo yang dikuasakan oleh Celcom dalam pusingan Grand Final yang berakhir semalam. 

Pasukan Smoking Monkeys yang mewakili Monash University dan UiTM Vendetta, mewakili UiTM Shah Alam kedua-duanya berkongsi jumlah mata terkumpul yang sama sebanyak 320 mata melayakkan mereka dinobatkan sebagai juara bagi permainan Call Of Duty Mobile (CODM) dan Mobile Legends Bang Bang (MLBB) meninggalkan jauh pencabar lain seterusnya membawa pulang wang tunai kemenangan bernilai RM20,000 selain biasiswa.

Pusingan grand final yang telah berlangsung selama dua hari, Sabtu, 18 julai 2020 dan Ahad, 19 Julai 2020 bagi kategori MLBB menyaksikan 16 pasukan terbaik dari institusi pengajian tinggi seluruh negara mempamerkan aksi terbaik untuk dua kategori permainan utama, CODM dan MLBB bertarung merebut hadiah tunai terkumpul bernilai RM150,000. 

Menyambung tradisi dan kejayaan dari dua penganjuran KEK terdahulu, semester ketiga kali ini tetap mendapat sambutan yang hangat dari penyokong-penyokong institusi pengajian tinggi yang bertanding dan para peminat e-sukan walaupun ditampilkan sepenuhnya dalam talian. 

Dianjurkan portal permainan MyGameOn, dengan kerjasama Kitamen, #YoodoKEK Semester 3 telah memulakan siri jelajahnya bagi mencari pasukan-pasukan terbaik dari institusi pengajian tinggi tempatan di setiap zon bermula dari zon Utara, zon Selatan, zon Borneo, zon Tengah dan diakhiri zon Timur.

Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Digital, Encik Rafiq Razali berkata “Ekosistem e-sukan Malaysia terus berkembang dan ini salah satu perubahan yang ingin kami terus bawakan kepada industri e-sukan tanah air. Semakin ramai pemain muda yang berbakat, dan kami menyokong penuh semangat juang mereka untuk memartabatkan nama institusi pengajian tinggi masing-masing melalui kejohanan seperti ini. Walaupun dijalankan sepenuhnya secara dalam talian, tapi sambutan yang diterima tetap membanggakan dan ini menyuntik semangat kami untuk terus berusaha dan memberikan yang terbaik pada masa akan datang”.

“Sebagai syarikat telco 100% digital pertama di negara, kami sentiasa melihat ke hadapan dan kami menyedari e-sukan adalah sebahagian penting daripada masa hadapan itu,” ujar Chow Tuck Mun, Ketua Yoodo. Tambahnya lagi, “Kejohanan seperti KEK Semester 3 adalah sangat penting dalam membantu memantapkan kedudukan Malaysia dalam arena e-sukan global dengan mengumpulkan bakat tempatan. Kami pastinya menantikan lebih banyak lagi kejayaan pada masa akan datang dari semua peserta dan pemenang KEK Semester 3”.

Mengekalkan gabungan dua pengulas e-sukan tersohor tanah air, Adam ‘Spartanker’ Faiz dan Radzi ‘Ikuto’ Rahman mengulas mantap bagi kedua-dua permainan, #YoodoKEK juga menampilkan Dhiya Aizat selaku pengacara selain penganalisis FPS Ranger (Team Captain 21 Huntsmen) dan Nazmi Nahar (Team Manager Rampage Gaming) bagi permainan CODM dan Hazril Md Nor, wartawan e-sukan dan Wan Dimashqi, pengulas e-sukan bagi permainan MLBB.

Pemenang-pemenang pusingan zon final yang turut mara ke pusingan grand final bagi kategori CODM adalah Uprising UPSI (Universiti Pendidikan Sultan Idris), īØs (Universiti Malaysia Perlis), DMG (UiTM Cawangan Sabah), Unimas eSports (Universiti Malaysia Sarawak), dan RB eSport (UiTM Raub).

Manakala bagi kategori MLBB pula, turut bersaing dalam pusingan grand final selepas memenangi pusingan zon final adalah UeS HavoX (Universiti Malaysia Sarawak), PTSB E-SPORT (Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah), SKADOOSH (Politeknik Port Dickson), UITM TERBANG (UiTM Sungai Petani), dan Livin’ And Gaming (UiTM Puncak Alam).

Berikut merupakan senarai penuh pemenang #YoodoKEK Semester 3:

Pengunjung boleh mengetahui lebih lanjut tentang #YoodoKEK menerusi portal www.mygameon.my serta laman Facebook rasmi MyGameOn. 

#YoodoKEK Semester 3 dicetuskan oleh Yoodo yang dikuasakan oleh Celcom. #YoodoKEK Semester 3 turut diaktifkan Garena dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).  #YoodoKEK Semester 3 juga disokong oleh Kitamen, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS), Esports Malaysia (ESM), Mobile Legends E-Project dan PVP Esports.

-TAMAT-

Pertanyaan Media:

Muhammad Faisal (Petch)           

Executive, Communications, Media Prima Digital

faisal.noor@mediaprima.com.my

Mengenai Yoodo

Dilancarkan pada Januari 2018, Yoodo merupakan perkhidmatan mudah alih digital bebas yang dimiliki dan dikendalikan oleh Celcom Axiata Berhad. Ia menawarkan perkhidmatan mudah alih pertama di negara ini yang benar-benar boleh disesuaikan dengan kehendak pelanggan.

Untuk maklumat lanjut mengenai Yoodo, layari yoodo.com.my atau cari yoodoMY di Facebook, Instagram, YouTube dan Twitter.

Mengenai MyGameOn

MyGameOn memberi tumpuan kepada permainan dan esukan dengan sentuhan tempatan. Dari liputan acara, ulasan permainan, wawancara pemain, perkongsian media dan banyak lagi! Jika anda mempunyai acara dan mahu Malaysia mengetahuinya, beritahu kami!

Bekerja dengan badan kerajaan seperti Kementerian Belia & Sukan (KBS), Majlis Sukan Negara (MSN), dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), MyGameOn berusaha untuk mengembangkan esukan dan permainan dalam talian, dan untuk merapatkan komuniti pemain dalam talian, daripada pemain kasual kepada jenama korporat.