Kolaborasi Media Prima Digital dan Kitamen teraju eSukan di Malaysia
Kuala Lumpur, 30 Oktober 2018 – Bersempena Level Up 2018, satu perjanjian persefahaman (MOU) telah ditandatangani antara Rafiq Razali, Ketua Pegawai Eksekutif, Media Prima Digital (MPD) dan Hazman Hassan, Ketua Pegawai Eksekutif, Kitamen bagi menjalin kerjasama di antara dua syarikat ini dalam menerajui esukan di Malaysia. Kolaborasi ini selari dengan misi kedua-dua pihak untuk meengukuhkan lagi kedudukan mereka dalam industri esukan. Disaksikan oleh YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Menteri Belia & Sukan, dan Dato’ Yasmin Mahmood, Ketua Pegawai Eksekutif, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), kerjasama ini menyaksikan MPD dan Kitamen berpadu tenaga dalam memperkasakan lagi industri esukan dari pelbagai aspek.
Media Prima Digital dan Kitamen akan bersama-sama untuk mendidik, memupuk dan memberi pendedahan tentang industri ini kepada orang awam dan pada masa yang sama menyokong inisiatif permainan dan esukan kerajaan. Dengan adanya kerjasama simbiotik ini, mereka dapat mengurangkan kos dan meningkatkan kecekapan bagi projek-projek dan acara-acara yang bakal menjelang tahun hadapan.
“Ini sememangnya merupakan satu kerjasama yang amat menarik antara Media Prima Digital dan Kitamen. Kami sentiasa mencari rakan kongsi untuk menguatkan cadangan kandungan kami kepada lebih ramai lagi. Melihat kepada potensi industri esukan yang sangat besar di Malaysia, kami percaya kolaborasi ini akan berjaya. Gabungan kepakaran media kami bersama sumber dan reputasi Kitamen yang luar biasa dalam arena permainan ini juga akan menguatkan misi kami untuk membantu mengembangkan budaya permainan dan esukan yang sihat. Kitamen telah menjadi pemain hebat dalam industri esukan dan komitmen mereka telah memberi inspirasi kepada kami untuk bekerjasama dalam membangunkan program-program kepentingan bersama dalam memupuk bakat esukan tempatan,” kata Rafiq Razali, Ketua Pegawai Eksekutif, Media Prima Digital.
Turut mengulas kenyataannya, Ketua Pegawai Eksekutif Kitamen, Hazman Hassan juga berkongsi, bahawa kerjasama saling berfaedah seperti ini adalah sesuatu yang sering dicari untuk dipupuk oleh Kitamen. “Ekosistem esukan di Malaysia bakal merasakan pengalaman pertumbuhan yang pesat dengan minat dari semua peringkat masyarakat, termasuk komuniti permainan akar umbi, organisasi korporat, kerajaan dan orang awam. Perjanjian persefahaman ini akan membuka lembaran baru bagi esukan untuk terus kekal dan berpeluang bekerjasama dengan salah satu syarikat media gergasi di Malaysia. Kami amat berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada kolaborasi bersama Media Prima Digital dalam menjadikan esukan ternama di Malaysia terutamanya selepas bekerjasama sepanjang tahun ini. Kami melihat bagaimana kedua-dua pihak mendapat manfaat daripada satu sama lain dalam memberikan hasil, memenuhi objektif dan memberikan nilai.”
Melalui perjanjian persefahaman ini, Media Prima Digital akan menyediakan pelbagai akses platform termasuk Digital, TV, Radio & Cetak untuk digunakan bagi mempromosikan semua initiatif permainan serta kepakaran penyiaran seiring dengan perkhidmatan penstriman secara langsung yang lebih baik. Selain itu, perjanjian persefahaman ini juga membolehkan Kitamen untuk menggunakan sepenuhnya aset dalam Media Prima dan menembusi acara berskala besar seperti Karnival Jom Heboh dan kejohanan-kejohanan IPT akan datang. Menggabungkan inventori permainan Kitamen dan kepakaran dalam menganjurkan acara-acara esukan, kedua-dua organisasi ini akan memanfaatkan sepenuhnya personaliti-personaliti Media Prima dalam melaksanakan projek-projek yang mendatang.
Media Prima Digital dan Kitamen sebelum ini telah beberapa kali bekerjasama dan berjaya dalam menganjurkan pelbagai acara sukan di seluruh negara termasuk pemenang anugerah, Gegaria Fest dan Asia Comic Con. Media Prima Digital memiliki MyGameOn, sebuah portal permainan yang meliputi pelbagai berita industri esukan tempatan dan antarabangsa, sementara Kitamen secara aktif terlibat dalam kejohanan esukan utama di Malaysia.
Media Contact:
Dhiya Aizat,
Lead, Communications, Media Prima Digital
dhiya.aizat@mediaprima.com.my/012-7023101
About Media Prima Digital
Media Prima Digital spearheads innovation, digital marketing and technology within the Media Prima Group, Malaysia’s leading fully-integrated media company. It understands the art and science of creating an enduring bond between consumers and brands from a digital perspective and strives to offer a holistic and end-to-end digital solutions encompassing performance marketing, mobile app development, data analytics, social media listening and many more from a 360-degree perspective. The group’s rich intellectual properties and diversified media platforms also allow brands access to mass audiences in a unique and comprehensive manner digitally. For more information, visit revmedia.
About KITAMEN
KITAMEN is a private limited local esports based company that specializes in products and services that include esports development, gaming-related brand activation, offline and online integrated solutions.