My Resipi Mangkuk Tingkat

Petaling Jaya, 1 Julai 2024 Projek Mangkuk Tingkat”, sebuah inisiatif kerjasama antara MyResipi, WOWSHOP, dan Le Nona, bertujuan untuk merevolusikan cara rakyat Malaysia mengambil makanan harian mereka. Kempen inovatif ini juga ingin menggalakkan orang ramai meninggalkan pembungkusan sekali guna dan merasai kembali keseronokan serta faedah membawa makanan masakan sendiri dari rumah.

Buat pengetahuan anda, Projek Mangkuk Tingkat ini akan berlangsung selama sebulan bermula 1 sehingga 31 Julai 2024 merangkumi 4 video utama yang akan dimuat naik setiap minggu menerusi laman sesawang Facebook MyResipi.

Lebih daripada sekadar bekal makanan, “Projek Mangkuk Tingkat” melambangkan peralihan ke arah gaya hidup yang lebih sihat, planet yang lebih hijau, dan semangat komuniti yang lebih kuat. “Projek Mangkuk Tingkat” menekankan pelbagai kelebihan menyediakan makanan sendiri:

  • Makan Secara Sihat: Nikmati hidangan seimbang dan terkawal yang dipenuhi dengan buah-buahan dan sayur-sayuran segar, mempromosikan kesihatan dalam jangka panjang.
  • Lindungi Planet: Mengurangkan penggunaan plastik sekali guna dan pembungkusan yang berkaitan dengan makanan dibawa pulang dan makanan segera, menyumbang ke arah planet yang lebih sihat.
  • Jimat Wang, Elak Pembaziran Makanan: Guna semula lebihan makanan dan elak pembaziran makanan, membawa kepada penjimatan kos yang ketara dalam jangka panjang.
  • Berhubung dengan Komuniti Anda: Kongsi resipi dan idea hidangan, memupuk hubungan sosial dan membina komuniti yang saling menyokong kebaikan makanan masakan sendiri.

Panggilan untuk Semua Bintang Kulinari!

Selari dengan objektif kempen, MyResipi telah menganjurkan pertandingan “Projek Mangkuk Tingkat” untuk rakyat Malaysia berkongsi resipi kegemaran dan foto menarik hidangan bekal mereka di ruangan komen video yang ditetapkan di halaman Facebook MyResipi.

Cara untuk menyertai:

  1. Lawati halaman Facebook MyResipi dan cari hantaran video khusus yang mengumumkan peraduan.
  2. Kongsi nama menu dan foto hiasan bekal makanan kreatif di ruangan komen.
  3. Seorang pemenang bertuah akan dipilih setiap minggu sepanjang tempoh kempen ini berlangsung untuk menerima set istimewa Le Nona bernilai RM1,234!

Hadiah:

  • Set Pinggan Makan Italian Bloom: Dua pemenang bertuah akan dipilih untuk menerima set pinggan makan elegan ini.
  • Set Kuali Jumbo Rose: Dua pemenang bertuah akan dipilih untuk menerima kuali serbaguna ini untuk semua jenis masakan mereka.
    Jangan lepaskan peluang menarik untuk memenangi set Le Nona yang cantik dan menjadi sebahagian daripada perubahan positif!
    Ikuti halaman Facebook MyResipi untuk butiran peraduan dan inspirasi resipi.

 

###

Mengenai REV Media Group

REV Media Group adalah penerbit digital terkemuka di Malaysia, mewakili lebih 39 jenama terbaik dengan rangkaian yang luas menjangkau lebih 10 juta orang setiap bulan, sekitar 80% dari jumlah keseluruhan populasi internet di Malaysia. Di REV Media Group, kami percaya dengan pemanfaatan kekuatan teknologi dan data untuk menyampaikan kandungan menarik buat audiens kami dari pelbagai platform dan bahasa terdiri daripada Berita, Hiburan, Gaya Hidup, Teknologi dan banyak lagi. Dengan memanfaatkan jangkauan dan platform kami yang komprehensif, kami berusaha untuk membawa jenama-jenama ke tahap yang lebih baik melalui penyelesaian pemasaran digital berdasarkan data yang berpengaruh dan kandungan luar biasa khusus untuk memberi yang terbaik buat para pengguna kami.

Mengenai MyResipi
MyResipi ialah sebuah laman web di mana sesiapa dan semua orang yang suka memasak untuk orang tersayang boleh mendapatkan dan berkongsi resipi Malaysia, Asia Tenggara dan Barat mereka, serta petua memasak & dapur dengan orang lain yang sepemikiran.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Unit Komunikasi REV Media Group :
Petch (faisal.noor@revmedia.my)