Malaysian Digital Association (MDA) Umum Perlantikan Presiden dan Naib Presiden Baharu

Kuala Lumpur, 4 September 2020 – Malaysian Digital Association (MDA) mengumumkan perlantikan Encik Nicholas Sagau, Ketua Pegawai Produk, Media Prima Digital Sdn Bhd (kini dikenali sebagai REV Media Group) dan Puan Eileen Ooi, Pengarah Urusan PHD Malaysia sebagai Presiden dan Naib Presiden pada Mesyuarat Agung Tahunannya yang ke-11.

“Ini merupakan satu penghormatan untuk dipilih dan seterusnya menerajui persatuan. Usaha untuk memperluas kapasiti MDA sebagai platform bagi menangani cabaran yang mendesak penerbit digital tempatan, agensi media dan agensi digital melalui situasi semasa disebabkan oleh pandemik yang berterusan ini memberi kesan yang besar kepada perniagaan. Kita mampu mencapai usaha ini dengan bekerja rapat sebagai satu ekosistem dan yang lebih penting, mewakili agenda tiga sektor digital ini kepada kerajaan,” kata Nicholas Sagau.

Dalam mesyuarat yang sama juga MDA telah melantik Aravind Menon, Ketua Pembekalan dan Pembangunan Produk dari GroupM Malaysia sebagai setiausaha dan Sophia Toh, Ketua Strategy dan Pembangunan Perniagaan dari ADV Malaysia Sdn Bhd sebagai bendahari.

Ahli-ahli majlis yang dipilih terdiri daripada 16TWO Communication Labs Sdn Bhd, Astro Radio Sdn Bhd, Carat Media Services (M) Sdn Bhd, Google Malaysia Sdn Bhd, IPG Mediabrands Sdn Bhd, Mudah.my Sdn Bhd, Nuffnang Sdn Bhd, Rev Social Malaysia Sdn Bhd, dan Star Media Group Berhad.

Naib Presiden, Puan Eileen Ooi berkata, “Adalah satu penghormatan untuk memegang jawatan sebagai Naib Presiden apatah lagi bersama-sama dengan pasukan elit majlis. Saya berharap agar dapat terus meningkatkan peranan MDA dalam membangunkan lagi industri digital Malaysia!”.

“Kita boleh menyaksikan peningkatan dalam industri digital Malaysia kebelakangan ini. Kemajuan ini begitu mengujakan. Saya berharap dapat bekerjasama dengan ahli-ahli majlis baru untuk mencari lebih banyak peluang untukpr terus menyediakan platform bagi mereka untuk bertemu, belajar dan bersama-sama bekerja dalam terus memajukan dan membawa industri ke tahap yang lebih baik,” tambah Nicholas Sagau, ahli majlis sejak dua tahun lalu sebelum perlantikan beliau ke kerusi presiden.

Malaysian Digital Association telah ditubuhkan pada 2009 dan menerusi pimpinan presiden terdahulu, Encik Serm Teck Choon, beberapa projek dan aktiviti telah berjaya dianjurkan seperti “Digital Wednesday” yang diadakan setiap suku tahun di mana aktiviti tersebut menawarkan peluang rangkaian untuk penerbit digital tempatan, agensi media dan pengiklan dengan penceramah-penceramah yang relevan berkongsi pengetahuan kepada industri, “d Awards” yang meraikan dan menghargai karya inovatif terbaik dalam membangunkan produk digital, pelaksanaan kempen pemasaran digital dan bakat-bakat terbaik.

-TAMAT-

Media Contact:
Muhammad Faisal (Petch)
Communications, REV Media Group
faisal.noor@revmedia.my | 0176283626

About REV Media Group
REV Media Group is the leading digital publisher in Malaysia, representing over 30 top authority brands with an extensive distribution network that reaches out to more than 15 million people each month, about 75% of Malaysia’s internet population.

At REV Media Group, we believe in harnessing the power of data and technology to deliver engaging content that matters the most to our audience across multiple languages and platforms comprising News, Entertainment, Lifestyle, Technology and more.

Leveraging on our comprehensive platform and reach, we strive to elevate brands to greater heights through influential, data-driven digital marketing solutions and exceptional content aimed at winning the hearts of consumers.